Monday, 13 June 2016

Kuih Buah Melaka Kukus

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Atas permintaan ramai minta resepi gigih la mengarang resepi. Hihi. Resepi takde sukatan main agak-agak je. Baru juga belajar resepi ni dari Kak Rubi. Dulu mak selalu buat tapi tak pernah belajar pun. Kuih tradisional ni sedap. Kalau kita tak belajar buat nanti lama kelamaan kita semakin lupa. Bahan-bahan pun tak rumit.



Resepi Kuih Buah Melaka Kukus


Bahan-bahan:
1 peket tepung pulut (500gm)
1 ketul gula kabung / gula melaka (potong dadu kecil)
Air secukupnya
Santan
Garam
Daun pisang (tak ada pun tak apa)
Sedikit minyak
Sedikit pewarna makanan (tak ada pun tak apa)

Cara Membuat:
1. Masukkan tepung ke dalam bekas. Masukkan 1/4 camca teh garam. Gaulkan.
2. Masukkan 1 senduk santan dan sedikit air ke dalam tepung. Uli sehingga lembut. Bahagikan kepada 3 bahagian. Titiskan setitik pewarna makanan ke atas doh dan ulikan sehingga warna sebati. Kalau taknak letak pewarna pun tak apa.
3. Bulatkan doh tadi kecil-kecil. Leperkan dan masukkan gula kabung / gula melaka. Bulatkan semula dan masukkan ke dalam loyang yang dialas daun pisang. Kalau daun pisang tak ada letak je terus ke dalam loyang. Sebelum tu sapukan sedikit minyak pada loyang atau daun pisang supaya tak melekat.
4. Buat sehingga habis.
5. Campurkan 3 sudu besar tepung pulut ke dalam santan dan sedikit garam.
6. Tuangkan santan ke dalam loyang tadi. Tak perlu menutupi buah melaka tu. Cukup sekadar separuh je.
7. Kukus hingga masak.



Selamat mencuba. Senang je kan. Memang best kuih ni.

2 comments: