4 Makanan Untuk Bantu Tidur Lena - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 13 August 2016

4 Makanan Untuk Bantu Tidur Lena

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Pasti ada di antara kita yang sukar tidur lena setiap malam. Pasti ada sahaja perkara yang mengganggu lena anda. Tahukah anda bahawa pemakanan juga sangat mempengaruhi tidur yang lena? Bagaimana? Jangan risau ye Cie akan kongsikan dengan anda tentang 4 makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti. Artikel ni Cie baca dari majalah RAPI online.

4 makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti

Menurut artikel tersebut makanan ini dapat membantu menenangkan otot yang tegang, juga dapat menenangkan fikiran dan dapat mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena lagi. Tapi perlu diingat ye jangan terus tidur selepas makan. Lebih baik sekiranya biarkan makanan diproses terlebih dahulu dan tunggu sehingga 2 jam selepas makan baru lah anda mulakan tidur lena.

TEH DAN MADU

Minum teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang sememangnya tidak elok untuk kesihatan kita jika selalu diamalkan. Teh Chamomile juga dikatakan mempunyai kesan penenang yang boleh menurunkan paras stress fizikal ataupun mental. Teh Hijau pula mengandungi Theanine yang dapat membantu untuk tidur lena.

BADAM

Pastikan anda sediakan kacang badam di rumah anda setiap masa. Ini penting kerana badam mengandungi magnesium yang dapat membantu manusia untuk mudah tidur dan dapat merehatkan otot-otot badan. Badam juga mengandungi protein yang boleh menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur.

PISANG

Pisang mengandungi magnesium dan potassium yang baik di mana ianya dapat membantu anda untuk tidur yang lebih lena jika makan pisang sebelum tidur. Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon untuk menenangkan otak.

FLAXSEED

Flaxseed kaya dengan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood. Sangat sesuai diambil ketika sedang stress atau tertekan. Tidur pasti lena dan lebih nyenyak.

Selain dari pemakanan kita perlu juga memastikan tempat tidur sentiasa berada didalam keadaan kemas dan bersih supaya kita akan mendapat tidur yang lebih lena dan mimpi yang lebih indah.











1 comment:

  1. nice info... saya kaalau tak dapat tidur malam minum susu yang perisa original punya brand dutch lady tu.. lepas tu xlama mesti terlelap.. :D

    ReplyDelete