Tuesday, 23 August 2016

Tempat Makan Di Pekan Waterfront

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Weekend di Pekan minggu lepas. Hari Sabtu ke rumah abang yang nombor 5. Sampai lewat petang dah pukul 7 lebih kurang. Kalau sampai awal nak la jugak makan cendol tepi sungai tu. Tapi dah lewat.

Hari Ahad jalan-jalan kat Bandar Pekan. Cakap dah kat husband kalau ada cendol kita singgah makan dulu. Lalu depan Pekan Waterfront banyak port makan macam-macam ada. Kebetulan memang nak try meatball Mat Bulat tu. Ternampak ads kat facebook.

Tertarik dengan 1 food truck seorang pakcik ni. Nama cendol dia Cendol 'Member'. Menarik la jugak. Bila kita datang dia akan panggil minum cendol member dan akan cakap duduk member. Lain dari penjual lain. Best jugak cendol pakcik member tu. Cepat pun cepat. Siap bagi isi kelapa free lagi. Semangkuk cendol rm2. ABC, air kelapa, air mineral, buah potong pun ada pakcik 'member' ni jual.

Tak nampak muka pakcik 'member' tapi muka dia ada iras-iras pelakon nama Jamali Sadat kalau tak silap. Yang pandai tiru suara orang tu

Cendol jagung untuk ibu, cendol pulut untuk babah, cendol biasa kakak dan kakak gojes. Mulanya ibu yang nak makan cendol pulut tapi sebab babah dah order tu ibu tukar la

Oh la anak dara ibu semangat makan cendol. Adik tu eksyen je lebih nak suap sendiri konon


Sementara tunggu meatball siap sempat la ber 'selfie' depan stall tu. Hihi.

Stall meatball ni pun depan Pekan Waterfront

Ok la juga rasa meatball tu. Sos tu macam kureng sikit. Letak cheese sauce terus rasa macam kari. Haha. Lain tekak lain rasa kan. 

Kalau u ols singgah di Pekan Pahang atau memang ke sana boleh la jalan-jalan ke Pekan Waterfront banyak stall tepi jalan tu macam-macam ada. Rasa tu tak boleh nak kata try sendiri la baru tau. Hihi.

1 comment: