William Optic Raub - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 2 August 2016

William Optic Raub

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Jumaat lepas masa nak solat letak la cermin mata kat tepi sejadah. Selalu kanak-kanak berdua tu tak dekat kat ibu nak solat kalau tengah syok main. 

Entah macam mana tiba-tiba adik ajak kakak datang kat ibu. Mula-mula elok la duduk sebelah. Tiba- tiba adik bangun dan berlari betul-betul atas cermin mata ibu maka prakkk la patah. 

Selalunya kebal tak pernah patah pun even i sendiri yang terpijak. Hahahaa.

Ni la rupa cermin mata ibu yang dah tamat riwayatnya. Nak sedih ke nak gembira pun taktau ni. Haha

Kebetulan Sabtu nak pergi rumah Kak Ngah so ajak la husband singgah kat Raub terus dan alang-alang nak singgah pesta durian kat Raub tu terus pergi kedai cermin mata William Optic. Memang selalu beli cermin mata kat situ. Harga sangat berpatutan setanding dengan kualiti. Sejak dari mula pakai cermin mata tahun 2009 kalau tak silap dah beli dari situ. Pernah beli kat kedai lain macam tak memuaskan je.


Rupa ibu tanpa cermin mata. Tetap cun kan. Hahaha.


Test mata. Abaikan gambar yang kabur tu. Handphone murah je. Huhu


Dah 3 tahun tapi power masih sama. Kad ni dapat setiap kali pembelian. So cukupkan je 3 co nanti dapat diskaun untuk pembelian seterusnya. 2015 pernah juga tukar tapi taktau kad ke mana menghilang


Orang Bentong dan Raub boleh la terjah kedai ni. Harga sangat berpatutan. Service terbaik.


Taraaa..... Siap dah cermin mata i. Cantik tak? RM198 je ye bingkai dan cermin. Murah kan.

3 comments:

  1. design spek masa kini... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup trend terkini semua kembali macam zaman dulu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete