Petang semalam 28 Disember 2025 lepas Asar, Cie ajak Faiz balik kampung sekejap. Nak ambil buah rambutan kat rumah Kak Ngah. Ada 2 pokok buah rambutan berbuah cuma takdela banyak.
Sampai rumah Kak Ngah duk berborak dulu. Lama tak berborak bergosip adik beradik ni. Faiz settle kait rambutan kuning belakang rumah tu tinggi jugak yang tu. Yang rambutan merah depan rumah tu rendah je boleh capai dengan tangan. Tak masak sepenuhnya lagi.
Dapat la seplastik rambutan kuning dan merah. Adik Rania la nak rambutan. Minggu lepas ada staf bagi sikit Cie bawak balik habis dia makan. Kat pasar mahal sangat ada jumpa RM15 sekilo, ada RM10. Masa singgah kat R&R Serdang hari tu lagi la buah dah terlebih masak RM15 sekilo. Mahal betul.
Biasanya kalau dah musim terlalu banyak baru la murah boleh dapat RM3-4 sekilo atau pun kadang-kadang boleh dapat RM10 3 kilo. Gitulah kan harga sekarang. Buah tempatan pun mahal.
Dah dekat nak balik sambung lagi borak tu yang merayau ke pokok peria tepi pokok rambutan tu. Kak Ngah petik 3 biji peria. Abang ipar Cie tanam tu. Elok buahnya disalut. Cie ambil sebiji, lagi 2 biji bagi Kak Long.
Sempat jugak ambil anak pokok daun kari. Hari tu ada tanam anak pokok Cie ambil dari tepi jabatan Cie tapinya lama-lama jadi hitam. Tak elok kena serangan apa entah. Cie buang jela dah hitam tak elok.
Makwe (sepupu arwah mak) ada singgah rumah Kak Ngah bagi limau kasturi banyak dan besar-besar pulak geram nengok. Kak Ngah bagi Cie je dia taknak, dia pun ada jugak pokok limau kasturi. Seronok kan duduk kampung tanah luas macam-macam boleh tanam.
Dah dekat nak Maghrib Cie gerak ke rumah Kak Long pulak. Dia ajak makan nasi kami pun tunggu la sampai Isyak. Kak Long masak Kari Ikan, Ikan Goreng, Telur Dadar, Peria Goreng Pecah Telur, Budu, Pucuk Ubi Celur dan Pucuk Ajinomoto Celur. Sedapnya cicah budu. Lupa ambil gambar dah kelaparan makan lepas Isyak.
Sebelum balik mintak pasu sebiji yang ada tanah. Cie nak tanam pokok kari. Senang jadi adik ni main mintak je. Hahahaha. Kak Long bagi jugak budu. Anaknya beli di Kelantan masa kursus di sana.
Pagi tadi Cie dah tanam pokok kari tu. Harapnya takdela mahkluk perosak yang kacau pokok kari tu. Cie dulu rajin menanam macam-macam. Sekarang je dah malas. Tinggal daun pandan dan pokok cili je.
Pokok cili tu pun Cie tabur biji je dalam pasu tu elok je dah keluar buah sulung 2 biji. Ni pun ada je makhluk perosak. Hari tu banyak bunga, yang berbuah 2 biji je. Biji cili kering yidu yang tak pedas tu Cie tabur. Saja tabur hari tu tak sangka pulak menjadi. Tangan sejuk kata orang tanam apa pun elok. Alhamdulillah.
Hari ni Cie cuti. Melepak je di rumah. Join kakak Raisha ganti puasa. Dah alang-alang hari Isnin kita puasa sunat jela. Cie dah settle awal ganti puasa. Ajak kakak Raisha ganti hari tu dia taknak. Dah kena puasa sorang-sorang. Dengan adik Rania join puasa sekali sebab Cie malas nak sediakan makanan. Esok tu entahla suruh babah dia beli jela. Cie ada jamuan perpisahan dan jamuan akhir tahun kat jabatan.

2 Ulasan
Moga hidup subur pokok kari Cie. Tapi kalau tak hidup jugak, Cie frozenkan aje daun kari beli (bersihkan, tos kering, simpan freezer).
BalasPadamElok segar hasil tanaman cili Cie 👏🏽
malam tadi Kyra ajak puasa sunat tapi pagi tadi terlajak pulak nak bangun. Pukul 6.05 baru jam ammi bunyi.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.