Balik Kampung Sekejap

Petang semalam 28 Disember 2025 lepas Asar, Cie ajak Faiz balik kampung sekejap. Nak ambil buah rambutan kat rumah Kak Ngah. Ada 2 pokok buah rambutan berbuah cuma takdela banyak. 


Sampai rumah Kak Ngah duk berborak dulu. Lama tak berborak bergosip adik beradik ni. Faiz settle kait rambutan kuning belakang rumah tu tinggi jugak yang tu. Yang rambutan merah depan rumah tu rendah je boleh capai dengan tangan. Tak masak sepenuhnya lagi.

Dapat la seplastik rambutan kuning dan merah. Adik Rania la nak rambutan. Minggu lepas ada staf bagi sikit Cie bawak balik habis dia makan. Kat pasar mahal sangat ada jumpa RM15 sekilo, ada RM10. Masa singgah kat R&R Serdang hari tu lagi la buah dah terlebih masak RM15 sekilo. Mahal betul.


Biasanya kalau dah musim terlalu banyak baru la murah boleh dapat RM3-4 sekilo atau pun kadang-kadang boleh dapat RM10 3 kilo. Gitulah kan harga sekarang. Buah tempatan pun mahal.

Dah dekat nak balik sambung lagi borak tu yang merayau ke pokok peria tepi pokok rambutan tu. Kak Ngah petik 3 biji peria. Abang ipar Cie tanam tu. Elok buahnya disalut. Cie ambil sebiji, lagi 2 biji bagi Kak Long.



Sempat jugak ambil anak pokok daun kari. Hari tu ada tanam anak pokok Cie ambil dari tepi jabatan Cie tapinya lama-lama jadi hitam. Tak elok kena serangan apa entah. Cie buang jela dah hitam tak elok.

Makwe (sepupu arwah mak) ada singgah rumah Kak Ngah bagi limau kasturi banyak dan besar-besar pulak geram nengok. Kak Ngah bagi Cie je dia taknak, dia pun ada jugak pokok limau kasturi. Seronok kan duduk kampung tanah luas macam-macam boleh tanam.


Dah dekat nak Maghrib Cie gerak ke rumah Kak Long pulak. Dia ajak makan nasi kami pun tunggu la sampai Isyak. Kak Long masak Kari Ikan, Ikan Goreng, Telur Dadar, Peria Goreng Pecah Telur, Budu, Pucuk Ubi Celur dan Pucuk Ajinomoto Celur. Sedapnya cicah budu. Lupa ambil gambar dah kelaparan makan lepas Isyak. 

Sebelum balik mintak pasu sebiji yang ada tanah. Cie nak tanam pokok kari. Senang jadi adik ni main mintak je. Hahahaha. Kak Long bagi jugak budu. Anaknya beli di Kelantan masa kursus di sana.


Pagi tadi Cie dah tanam pokok kari tu. Harapnya takdela mahkluk perosak yang kacau pokok kari tu. Cie dulu rajin menanam macam-macam. Sekarang je dah malas. Tinggal daun pandan dan pokok cili je.


Pokok cili tu pun Cie tabur biji je dalam pasu tu elok je dah keluar buah sulung 2 biji. Ni pun ada je makhluk perosak. Hari tu banyak bunga, yang berbuah 2 biji je. Biji cili kering yidu yang tak pedas tu Cie tabur. Saja tabur hari tu tak sangka pulak menjadi. Tangan sejuk kata orang tanam apa pun elok. Alhamdulillah.



Hari ni Cie cuti. Melepak je di rumah. Join kakak Raisha ganti puasa. Dah alang-alang hari Isnin kita puasa sunat jela. Cie dah settle awal ganti puasa. Ajak kakak Raisha ganti hari tu dia taknak. Dah kena puasa sorang-sorang. Dengan adik Rania join puasa sekali sebab Cie malas nak sediakan makanan. Esok tu entahla suruh babah dia beli jela. Cie ada jamuan perpisahan dan jamuan akhir tahun kat jabatan.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Moga hidup subur pokok kari Cie. Tapi kalau tak hidup jugak, Cie frozenkan aje daun kari beli (bersihkan, tos kering, simpan freezer).

    Elok segar hasil tanaman cili Cie 👏🏽

    BalasPadam
  2. malam tadi Kyra ajak puasa sunat tapi pagi tadi terlajak pulak nak bangun. Pukul 6.05 baru jam ammi bunyi.

    BalasPadam
  3. bestnya dpt petik rambutan segar dari pokok! ari tu MZ beli, rege Rm10 sekilo laaa

    BalasPadam
  4. wah..rambutan sedapp..
    bestnya cuti di kala orang lain bekerja hehehe..
    nieyl kerja hari ni ngan esok je..lusa start cuti..

    BalasPadam
  5. Betul duduk kampung ni tanah luas nak bercucuk tanam. Lepas tu boleh berkongsi² rezeki selalu

    BalasPadam
  6. syok ada pokok rambutan kt rumah kakngah..bole la adikberadik merasa

    BalasPadam
  7. Fuh! Dari jauh nampak merah je pokok rambutan tu

    BalasPadam
  8. Dulu rumah Cuya ada jugak pokok rambutan, tapi dah tebang tak ingat sebab apa. Sekarang nak rambutan nunggu orang bagi je hehe

    BalasPadam
  9. Mahalnyer harga buah rambutan kat sana
    Kat sini wak jual RM5 aje sekilo

    BalasPadam
  10. Cantik elok pokok pandan tu. Naniey punya dari elok segar cantik now semua dah mati. Serai, daun pandan, ketumbar jawa semua mati.

    BalasPadam
  11. Macam2 hasil tanaman dapat bila balik kampung. Bestnya dekat kampung ada pokok rambutan 😃

    BalasPadam
  12. Pare / Paria nya😍😍😍. Sayur fav saya. HR ini pun saya makan pare. Biasa saya jadikan ulam, JD makan mentah, tp wajib pakai sambal belacan. 😁.

    Saya dan anak sulung pun lagi puas ganti kak. Sisa 2 hari lagi. Sengaja kami lakukan saat libur , supaya nanti masuk sekolah dah lunas hutang puasa 😁

    BalasPadam
  13. Senang ada kakak² kat kampung ya... mai ajak singgah makan sekali.

    BalasPadam
  14. mahal jugak tu sekilo rambutan sampai RM15.. dahla buahnya dah terlebih masak, patut juallah murah sikit

    BalasPadam
  15. Memang seronok balik kampung .. memang akan kutip segala buah dna sayur ..CCL pun macam akak Cie jgk ..kalau balik kampung memang akan petik limau kasturi, daun & buah limau purut ..seraii ..kunyit hidup

    BalasPadam
  16. Harap- harap elok la subur membear pokok kari Cie tu...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.