Kek Coklat Lava Cheese Leleh - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 16 September 2016

Kek Coklat Lava Cheese Leleh

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Bercuti panjang sempena raya haji dan cuti Hari Malaysia. Sekali sekala nak berehat dari kesibukan kerja. Lagipun sekolah cuti so masa ni la nak spend time dengan family. Adik beradik ada balik so seronok la berkumpul ramai-ramai maka terajin la buat kek yang dah berkurun beli bahan tapi mood malas tu menebal. Semalam kerajinan menjelma maka terjadilah Kek Coklat Lava Cheese Leleh. Tak sampai 24 jam licin dah kek tu. Huhu.

Kek coklat lava cheese berhantu


Resepi Kek Coklat Lava Cheese Leleh


Bahan-bahan Kek Coklat Lava Cheese Leleh

Bahan A:
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar ovalette
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan marjerin / mentega cair

Bahan B:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil garam halus
(Ayak semua bahan B)

Bahan C:
1/4 cawan air panas

Cara Membuat Kek Coklat Lava Cheese Leleh

1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang.
2. Masukkan susu cair dan marjerin / mentega cair pukul selama 1 minit dan off mixer.
3. Gaulkan adunan dengan bahan B hingga sebati dan masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam loyang atau foil containers untuk lebih mudah.
5. Bakar pada suhu 180°c selama 40-45 minit menggunakan kaedah water bath.
6. Setelah kek masak sejukkan seketika dan potong tengah kek. Ketepikan.

Filling Cheese Leleh

250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
5 sudu besar whipping cream / susu cair
(Pukul semua bahan hingga gebu)

Sos Coklat Ganache

1 cawan whipping cream / susu cair
1 cawan coklat masakan cincang
(Masak menggunakan kaedah double boiler sehingga cair)

Cara Melapis Kek Coklat Lava Cheese Leleh

1. Masukkan sedikit filling cream cheese ke dalam bekas.
2. Letakkan lapisan kek pertama yang dipotong tadi.
3. Curahkan filling cream cheese.
4. Masukkan lapisan kek kedua.
5. Curahkan sos coklat ganache.
6. Lorekkan sedikit dengan filling cream cheese untuk hiasan.
7. Simpan didalam peti sejuk seketika untuk rasa yang lebih sejuk dan sedap sebelum dimakan.

Kaedah water bath:

Sediakan 1 loyang berisi air. Kemudian masukkan loyang kek ke dalam loyang yang berisi air. Bakar seperti biasa. Boleh google kalau tak faham ye.


Selamat mencuba ye!!

No comments:

Post a Comment