Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Cuti hujung minggu kalau tak manfaatkan memang tersangat rugi bagi ibu bapa bekerjaya ni. Hanya hujung minggu jela waktu terluang untuk bersama anak-anak. Disebabkan itu la kami laki bini memilih untuk bercuti ke Port Dickson minggu cuti birthday Sultan Pahang tu. Kami ke Port Dickson hari Sabtu 22 Oktober.
2 minggu sebelum pergi tu gigih la Cie duk google hotel atau resort mana yang best kat PD tu. Mula-mula macam nak stay kat Lexis rate dalam 300++ je. Macam tak berbaloi pulak kan stay hotel mahal-mahal. Baik cari yang murah-murah je. So google lagi sekali terjumpa la Avillion Admiral Cove rate dalam 200++ je so ok la within budget husband.
So booking kat booking.com jela terus. Masa booking tu ambil bilik yang ada view. So boleh nampak la yatch duk parking kat situ. Tapi hampa.
|
Pandangan waktu malam kat Avillion |
|
Blok bilik yang kami stay. View hanya nampak car park dan laluan lobby |
|
Punya la ramai masa nak check in kena beratur. Tu pun dah lengang sikit. Masa Cie beratur tu lagi panjang |
|
Ni tangga nak turun ke bawah untuk ke coffee house dan pool |
|
Bercuti 1 malam je tapi barang punya la banyak |
|
Mula duk cari mana la plug rupanya tersorok. Unik juga ni. Kena buka baru nampak plug |
|
Meja nak bersantai dan beristirehat |
|
Lengkap kemudahan ada safe deposit box, iron, iron board, hanger |
|
Kalau nak solat buka je drawer tu nanti nampak la arah kiblat. Sejadah takde ye so boleh bawak sendiri |
|
Kelengkapan untuk mandian. Ada berus dan ubat gigi, syampu, sabun, shower gel, lotion, shower cap, cotton bud, sanitary bag |
|
Bilik kami takde bath tub. Yang ada rain shower je |
|
Cantik kan. Kalau rumah sendiri dapat bilik air macam ni mau berejam mandi. Hihi |
|
Siap ada mini pantry lagi. Bakul tu hiasan semata-mata. Hihi. Ada tea and coffee making facilities. Lengkap ada teh, kopi, gula, creamer. |
|
Cukup la untuk kami 4 beranak tidur atas 2 single bed ni. Kami rapatkan so muat la. Tapi tak perlu risau sebab dalam bilik ada lagi 1 pangkin bed |
|
Ni la pangkin bed tu so kalau ada anak 3-4 orang pun boleh stay situ. Bilik pun luas je |
|
Waktu gate ni buka dan tutup untuk laluan ke pantai |
|
Ni laluan ke pantai sebelah hotel ni. Pantai kotor sikit la dan kurang cantik. Tapi ok la juga kan ada pantai boleh la nak main air tepian pantai, main pasir |
|
Antara outdoor activity kat situ. Ada basikal untuk disewa. Anak kecil lagi so susah la nak sewa. Basikal untuk dewasa dan kanak-kanak |
|
Kawasan untuk memanah |
|
Main pasir jela 2 beradik ni. Pandangan berlatarbelakang kan pantai |
|
Apa la projek 2 beradik ni |
|
Nampak kan kotor sikit dengan sampah merata |
|
Penuh sangat pool tu. Jadi pemerhati jela. 2 beradik ni bukan teruja pun nak mandi pool. Suka tengok orang je |
|
Cantik kan yatch ni. Kalau la dapat sebiji ni mesti best |
|
Yatch ni persendirian punya. Parking je kat situ |
|
Belanja sekeping gambar selfie. Hihi |
|
Breakfast time. Propa je ni semangkuk sorang. Nanti tak habis pun |
|
Ok gambar last dah. Hihi. Adik bad mood baru bangun tidur. Kakak je happy |
Kalau nak tengok gambar lain sudi-sudi la jenguk Facebook album
Avillion Admiral Cove PD. Harga bilik kami dapat masa tu rm297 je termasuk breakfast. Harga bilik ni berbeza mengikut musim. Biasa rate untuk weekend dan public holiday akan jadi mahal sikit la. So pandai-pandai la pilih date yang murah.
Best jugak walaupun tak dapat bilik yang view nampak yatch tu. Bilik bersih dan cantik serta lengkap dengan pelbagai kemudahan. Next time kalau nak ke Port Dickson nak stay Lexis pulak. Hotel atas air lagi best kan.
No comments:
Post a Comment