9 Punca Berat Badan Tidak Turun - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 9 November 2016

9 Punca Berat Badan Tidak Turun

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Stress tak kalau gigih diet tapi berat masih tak turun. Lebih menyakitkan hati berat badan semakin naik. Ada faktor yang mendorong ini berlaku. Faktor yang biasa terjadi ialah tidak boleh mengawal nafsu makan. Pantang nampak makanan mesti nak makan.

Namun begitu bukan la bergantung kepada nafsu makan semata-mata tetapi ada faktor lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 punca berat badan tidak turun.

9 Punca Berat Badan Tidak Turun



DIET DENGAN JENIS DARAH

Bila dengar diet mengikut jenis darah macam pelik je bunyinya kan. Memang ada tapi belum diuji secara klinikal. Tidak semua orang yang mengamalkanny berjaya untuk turunkan berat badan. Perkara paling penting ialah lakukan diet yang seimbang dan ambil zat gizi yang diperlukan oleh tubuh badan. Setiap orang mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang.

BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH

Anda yakin dengan memakan buah potong boleh membantu untuk turunkan berat badan? Jangan terlalu yakin kerana buah-buahan tidak merangkumi semua zat makanan. Ia hanya mengandungi sebilangan karbohidrat, vitamin dan mineral. Sedangkan anda perlu mengambil makanan dari semua kumpulan makanan.

Juga diingatkan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka panjang. Cukup sekadar mengambil 1 hingga 2 kali sahaja.

INGIN BERAT BADAN STABIL

Untuk mengekalkan berat badan stabil, anda perlu juga mengamalkan senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.

TIDAK PERNAH KENYANG

Ni biasa terjadi kepada kita. Makan dah banyak tapi masih tak kenyang. Jadinya cubalah minum segelas hingga 2 gelas air masak sebelum makan. Amalkan mengambil makanan yang mengandungi kandungam serat yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan pengambilan protein dan lemak yang mencukupi supaya anda akan merasa kenyang semasa makan.

BADAN TERASA BERAT

Jika anda tergolong dalam kategori berat badan ideal tetapi badan terasa seperti 'berat', anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan senaman ringan dan aktiviti fizikal secara teratur supaya badan akan terasa lebih ringan dan anda akan berasa segar sepanjang hari. Penting untuk anda mengetahui berat badan ideal anda. Jika berat badan anda tidak ideal dan tidak stabil sila buat sesuatu.

KAWAL 'LAPAR MATA'

Kebanyakkan dari kita memang 'suka makan' dan tidak mampu mengawal 'lapar mata'. Kebiasaan mereka yang 'lapar mata' ni suka memgambil snek yang tinggi kandungan kalori dan berlemak. Walaupun pengambilan snek juga perlu tetapi ambil snek yang sihat seperti buah-buahan, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 kali snek untuk hidangan seharian anda.


SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK

Mengunyah snek tak salah tapi pilihlah snek yang sihat. Gantikan snek yang bergoreng dengan yang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan air masak. Pastikan hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

TIADA MASA UNTUK BERSENAM

Tak semestinya bersenam ni perlu ke taman, padang atau gym. Sebaliknya anda boleh lakukan hari dirumah, pejabat dan sebagainya. Elakkan menggunakan lif di pejabat, sebaiknya guna tangga. Parking kenderaan anda jauh sikit dari pejabat supaya anda dapat berjalan kaki ke pejabat. Buat aktiviti fizikal di rumah seperti mengemop lantai, menyapu sampah, memasak, berkebun.

SASARAN YANG TIDAK LOGIK

Sasaran berat yang perlu diturunkan setiap bulan juga perlu logik dan kita mampu lakukan. Kena pastikan berat yang kita ingin turunkan itu tidak akan menjejaskan kesihatan kita atau mengabaikan keperluan nutrisi harian kita. Pastikan pengambilan makanan mengikut piramid makanan.


Nak turunkan berat badan dengan mudah? Whatsapp saya SEGERA untuk keterangan lanjut. 012-9755310.

No comments:

Post a Comment