Kenangan Coffee Kuala Lipis Kini Dibuka

Akhirnya Kenangan Coffee dah dibuka di Kuala Lipis. Mulanya officemate Cie cakap KC dah ada kat Lipis dia ada nampak. Masa Cie ambil kakak Raisha 23 Oktober lalu je nampak terus signboard KC tapi takde pulak nampak ada tulis akan dibuka ke apa. 



Seminggu lepas tu Cie saja tengok apps dah ada ke belum location Kuala Lipis, belum ada masa tu. Cie fikir November la kot akan dibuka. 

6 November tu waktu lunch Kak Fizah officemate Cie pusing-pusing area situ ternampak la dah buka dan ada orang kat dalam dia terus singgah. Kiranya dah buka la. Masa tu tak sabar rasa nak terjah Kenangan Coffee Kuala Lipis. 

8 November yang lepas, selepas je beli barang dapur Cie ajak Faiz singgah KC. Lepak mengopi la dulu kejap sebelum balik rumah. Akhirnya ada kat Lipis. Sebelum ni kalau ke Jerantut dan Bentong baru la dapat beli KC. 

Cie order melalui apps je. Masa kami masuk cuma ada 1 meja je ada customer. Lepas tu baru la ada yang pick up. Maybe ramai lagi taktau dah buka. Memang takde iklan akan dibuka ke dibuka ke memang takde. Tau-tau signboard naik, tau-tau dah buka. 

Antara yang Cie order:



Cream puff tak banyak pilihan. Ada 2 flavour je. Honey corn flakes dan matcha je. Cie ambil honey je nak try. Sedap jugak. Donut pun pertama kali try pun sedap. Biscoff croissant tu kegemaran anak-anak. 




Cie order spanish latte, untuk Faiz iced latte dan anak-anak share je iced chocolate takut tak sedap. Sedap rupanya. Sekejap jela terus habis anak-anak cicah croissant tu. Minuman kami tak habis sambung minum kat rumah. 

Sempat la snap gambar dalam Kenangan Coffee Kuala Lipis sementara takde orang. Nanti dah ramai orang tau mesti ramai orang datang. Boleh la nanti hujung minggu takde ke mana nak layan mengopi kat situ. 






Lepas ni Cie jadi duta KC la pulak ye. Hahaha


Catat Ulasan

0 Ulasan