Rumah Terbalik Bentong - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Khamis, 10 November 2016

Rumah Terbalik Bentong

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hujung bulan lepas kami 4 beranak ke Rumah Terbalik Bentong (Bentong Upside Down House). Dek kerana nak melepaskan hajat terpendam tak sempat singgah ke rumah terbalik Port Dickson hari tu. Hihi.

Rupanya masih ramai tak tau kewujudan rumah terbalik kat Bentong ni. Patut la masa kami datang pun tak ramai orang. Ok la selesa sikit nak bergambar. Lokasi Bentong Upside Down House ni terletak di P6 Jalan Pertiwi, Medan Desa Pertiwi, Bentong. Kalau dari Raub sebelah kanan, kalau dari bandar Bentong sebelah kiri.

Bayaran masuk masa kami datang ada promosi cuma RM18 dewasa. Kanak-kanak 3 tahun ke atas RM10.

Cara nak bergambar nanti staf situ akan tunjukkan dan akan tolong ambil gambar guna kamera kita. Kalau nak ambil gambar sendiri pun boleh je.


Memang susah 2 beradik ni nak berdukung pulak

Babah je semangat bergaya

Apa la laki bini ni buat

Amboi babah pumping ke?

Makcik ulat buku ni jumpa buku terus duduk atas kerusi ibu terus ambil gambar

Taktau apa motif duk atas tangga ni. Haha

Bayaran masuk dan waktu operasi

Bayaran masuk

Ni la rupa tiket masuk tu. Macam tiket bas


Banyak lagi gambar so boleh tengok kat facebook Bentong Upside Down House. Sesaja nak seronok bergambar boleh la datang. Banyak dah rumah terbalik ni kat seluruh Malaysia. Dulu masa mula-mula dengar pasal rumah terbalik ni kat Sabah. Jauh benar nak ke Sabah tu kan. Kat Semenanjung pun dah ada kat Port Dickson, Melaka, Perak, Menara KL. Negeri lain takde dengar pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan