Miliki Smartphone Hanya RM1 - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 15 December 2016

Miliki Smartphone Hanya RM1

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Terkejut tak kalau Cie kata beli smartphone dengan harga RM1 je? Percaya tak? Betul tau Cie tak tipu pun. Memang husband Cie dah beli smartphone dengan harga RM1 sahaja.

smartphone maxis rm1

Percaya tak? Itulah hakikat sebenarnya. Best tau Maxis ni buat tawaran macam ni. Untung sangat sebab tak perlu bayar banyak-banyak pun. Hanya bayar RM1 je dapat smartphone. Tapi ada syaratnya la kan. Takkan semudah itu Maxis nak tawarkan smartphone harga yang terlalu murah. Kalau RM1 ni beli kuih dapat la 3 ketul.

Tawaran smartphone RM1 ni kena ambil pakej yang Maxis tawarkan. Ada beberapa pakej seperti MaxisONE Plan RM98, MaxisONE Plan RM128, MaxisONE Plan RM158, MaxisONE Plan RM188. Jenis smartphone pun berbeza mengikut pakej. Best kan.

Bukan tu je tau. Semua call unlimited dan sms pun unlimited. Memang best. Data pun banyak. Kalau plan RM98 akan dapat 20GB. 10GB untuk weekdays dan 10GB lagi untuk weekend dan capaian 4G. Untung kan dapat 20GB sebulan. Panggilan telefon pun tiada had dan penghantaran sms pun tiada had. Setiap bulan hanya perlu bayar RM98 je atau mengikut pakej yang kita ambil la.





Husband ambil smartphone ZTE Blade A610. Bayar RM1 je dan setiap bulan bayar RM98 untuk plan data. Memang untung sungguh. Menyesal pulak ambil pakej Zerolution dulu tu. Pakej ni keluar selepas Cie dah ambil pakej tu. Kontrak 24 bulan so kalau Cie nak ambil pakej RM1 ni Cie kena bayar pulak kat Maxis harga smartphone Oppo yang Cie ambil pakej Zerolution tu. Baru boleh tukar pakej. Takpela baru sangat lagi pakai smartphone Oppo ni. Setahun pun belum lagi.



Best la Maxis ni macam-macam pakej, macam-macam plan ada. Kalau korang pengguna maxis jangan lepaskan peluang ni tau. Rebut jangan tak rebut.

2 comments:

  1. wahh. untunglah.. tapi apa pun maxis tetap bijak membuat pelanggan memilih pakej cum buy. Setiap pakej dah dicampurkan dgn harga phone.

    oklah tuh.. kira keluar duit secara senyap tanpa sekelompok

    ReplyDelete
  2. wah.. bertuahlah pengguna maxis..

    ReplyDelete