Friday, 8 December 2017

Rumah Idaman Ku

Assalamualaikum.

Bersawang jela my lovely dot com ni. Hahaha. Hari ni macam free sikit so kita kasi bersih segala sawang yang ada ni kan. Tebas semak samun. Maklum la hamba ni bukan la blogger pun. Tulis blog untuk suka-suka je dan untuk bisnes.

Sebenarnya kan Cie nak cerita tentang rumah idaman. Kebetulan sekarang tengah renovate rumah. Rumah sekarang rumah teres biasa je. Boleh la untuk berteduh anak beranak. Alhamdulillah syukur pada Allah.

townhouse idaman
rumah idaman - townhouse

show room rumah



Beli rumah ni dah lama tahun 2012 dan siap sepenuhnya 2014 tapi tak duduk sewakan je. Konon-konon dulu nak cari rumah kedua. Tapi disebabkan harga rumah yang melambung 1-2 kali ganda dalam tempoh 5 tahun so terpaksa lupakan hasrat nak beli rumah tu.

Rumah yang ada ni renovate jela bagi elok. Penyewa tak jaga betul-betul rumah tu banyak yang rosak tapi tak dimaklumkan. Kami laki bini pulak sejenis percaya je sebab budak penyewa tu nampak macam jujur je. Kami tak check la dulu terus pulangkan deposit je.

Nak buat macam mana kan redha jela. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti kita cari rumah idaman pulak.

Tak tau la kenapa Cie memang berkenan sangat dengan townhouse rasa macam best je duduk townhouse. So kita berangan je dulu sebab berangan ni free kan tak kena bayar pun. Hahahaha.

Dari angan-angan tu la akan jadi kenyataan nanti kan. Dah siap masukkan dalam vision board. Korang yang baca entry ni doakan Cie dapat beli townhouse 1 hari nanti ye.

No comments:

Post a Comment