Order Calendar 2026 Dari Pixajoy

Cie dah lama ada akaun Pixajoy tapi tak pernah pun lagi Cie order apa-apa dari Pixajoy. Tahun 2021 rasanya ada Cie try jugak design lepas tu tinggal terus je takde add to cart.

Baru-baru ni rasa nak buat kalendar. Cie pun log in dan pilih design. Tengok harga pun ok so Cie print la 2 kalendar. Ada diskaun voucher juga masa tu. Cie try je buat design tu nak tengok cantik ke tak hasil printing Pixajoy.


21 November buat order dan 27 November 2025 dah selamat sampai. Cie buat table kalendar. 1 letak dalam office, 1 lagi nak letak kat bahagian kitchen jabatan Cie. Cie custom letak nama pada tarikh birthday setiap orang dalam jabatan so semua alert la nak wish birthday nanti.

Jenuh jugak Cie custom tu. Cie letak juga kata motivasi setiap bulan. Gambar tu random jela pilih yang mana nampak di mata dalam drive tu. 

Harga pulak tak sure la mahal ke murah. Cie tak pernah custom calendar ni. Baru pertama kali Cie buat ni.

Project : JDS LIPIS 2026
Product : 12 Months Calendar : 8” x 6” Portrait
Add-on Accessory : No Sticker Set
Quantity : 2
Page Count : 15
Item Total : RM 74.00
Discount (Discount Value) : - RM 53.00
Sub Total : RM 21.00
Shipping (Express Delivery) : RM 13.00
Discount(RM15 OFF (no min.spend)) : - RM 15.00
Total : RM 19.00

Cie hanya bayar RM19 untuk 2 kalendar selepas tolak segala diskaun yang diberikan. Hasilnya memuaskan hati so berbaloi la Cie bayar. 

Jom la tengok cantik ke idok Cie custom. Hihi



















Bagi semua yang tengok kalendar ni termotivasi hari-hari bila baca kata-kata motivasi. Best jugak main custom design sendiri ni. Feel macam designer dah. Hihi. Tu pun main pilih cincai je. Bila dah siap cantik jugak.



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. pernah order kalendar meja utk thn 2018 dgn pixajoy. the 1st n the last. pas tu x order dah. huhuhu...

    BalasPadam
  2. wah cantik tu cie, Depa mesti seronok sebab ada gambar semua

    BalasPadam
  3. cantik Cie, boleh simpan terus nanti jadi kenang-kenangan..

    BalasPadam
  4. cutenya boleh custom sendiri. saya pulak tunggu kalendar free dari orang jelah hahaha

    BalasPadam
  5. cantik.. boleh jadi designer kalau macam ni

    BalasPadam
  6. cantiks.... MA x pernah miss, setiap tahun mesti buat

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.