Daging yang dah siap rebus ada dalam freezer. Cie memang asingkan sikit dalam bekas untuk kegunaan sama ada guna untuk mi goreng atau nasi goreng. Kebetulan nak masak nasi goreng so buat la nasi goreng daging.
Bahan pun yang basic je untuk masak nasi goreng. Bawang putih, bawang besar, cili padi, ikan bilis. Blend je sekali. Cie masuk je dalam chopper tu senang. Carrot pun Cie chop sekali baru la anak-anak tak perasan pun ada sayur.
Kalau masak nasi goreng Cie memang tak suka letak kicap. Entahla memang tak suka. Memang buat style nasi goreng kampung gitu je.
Sebagai pelengkap menu nasi goreng, Cie goreng jugak telur mata. Telur mata tu Cie tukang kutip kuning telur je. Anak-anak tak makan kuning telur. Bapaknya tengok keadaan kekadang tak makan jugak. Cie la yang tukang habiskan. Mau naik kolesterol banyak makan telur kuning. Tu yang lebih prefer buat telur dadar je.
Keropok goreng pun wajib ada. Kakak Raisha gorengkan. Setakat ni dah pandai masak nasi, goreng keropok. Boleh la untuk permulaan.
Ulam timun dan cili potong pun ada sebagai tambahan pelengkap kepada menu dinner malam ni. Macam tu la kalau masak nasi goreng memang bahan sampingan pun ada.

0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.