Rezeki Orang Belanja Sarapan

Pagi ni kami bersarapan kat luar sekali terus nak membeli barang dapur. Adik Rania request nak makan di Restoran Kuah. Katanya nak makan Roti Canai dan Maggi Goreng. Hampir pukul 9 jugak kami sampai di situ.


Pesanan biasa la kalau makan di Restoran Kuah ni. Capati untuk Cie. Kakak Raisha Roti Canai je. Adik Rania Roti Canai dan Maggie Goreng serta Telur Mata. Faiz order Mi Goreng dan dia tambah Gulai Kambing.







Air pulak order teh o ais 2 dan Faiz order Kopi O Kosong. Cie tak order air. Share je dengan anak-anak. Selalunya tak habis pun. 

Rezeki kami hari ni ada orang belanja. Abang tu duduk 1 taman dengan kami. Faiz selalu bertegur sapa kalau jumpa. Orang lelaki senang je dapat kawan kan jumpa mana-mana lepas tu borak-borak dah jadi kawan. Kami baru siap order, dia siap makan nak bayar terus dia mintak owner Restoran Kuah tu kira sekali. Alhamdulillah terima kasih orang baik.

Masa dah siap makan tadi kawan sekolah Faiz pulak masuk kedai tu. Faiz pulak belanja kawannya tu. Orang sedekah kat dia belanja makan, dia pulak belanja kawannya. Semoga sentiasa murah rezeki suamiku. 

Childhood friend dia kawan sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dah habis sekolah pun masih berkawan. Cie pernah sekelas rasanya dengan kawan Faiz tu tak ingat masa form berapa. Kiranya kawan kami la tu. Dia datang makan dengan ayah mertuanya dan anak buah isteri dia. Isterinya takde. Mereka kahwin dah lama tapi tiada rezeki anak. Umur sebaya la kami ni.

Dah siap bersarapan tadi terus ke BS Freshmart berdepan Restoran Kuah tu je untuk beli barang dapur. Banyak jugak beli barang. Cuti sekolah dah bermula ni. Plan setiap hari kena masak sarapan untuk anak-anak.





Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah..murah rezeki dua dua... Kena bangun awal la mcm ni masak sarapan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.