Rezeki Orang Belanja Sarapan

Pagi ni kami bersarapan kat luar sekali terus nak membeli barang dapur. Adik Rania request nak makan di Restoran Kuah. Katanya nak makan Roti Canai dan Maggi Goreng. Hampir pukul 9 jugak kami sampai di situ.


Pesanan biasa la kalau makan di Restoran Kuah ni. Capati untuk Cie. Kakak Raisha Roti Canai je. Adik Rania Roti Canai dan Maggie Goreng serta Telur Mata. Faiz order Mi Goreng dan dia tambah Gulai Kambing.







Air pulak order teh o ais 2 dan Faiz order Kopi O Kosong. Cie tak order air. Share je dengan anak-anak. Selalunya tak habis pun. 

Rezeki kami hari ni ada orang belanja. Abang tu duduk 1 taman dengan kami. Faiz selalu bertegur sapa kalau jumpa. Orang lelaki senang je dapat kawan kan jumpa mana-mana lepas tu borak-borak dah jadi kawan. Kami baru siap order, dia siap makan nak bayar terus dia mintak owner Restoran Kuah tu kira sekali. Alhamdulillah terima kasih orang baik.

Masa dah siap makan tadi kawan sekolah Faiz pulak masuk kedai tu. Faiz pulak belanja kawannya tu. Orang sedekah kat dia belanja makan, dia pulak belanja kawannya. Semoga sentiasa murah rezeki suamiku. 

Childhood friend dia kawan sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dah habis sekolah pun masih berkawan. Cie pernah sekelas rasanya dengan kawan Faiz tu tak ingat masa form berapa. Kiranya kawan kami la tu. Dia datang makan dengan ayah mertuanya dan anak buah isteri dia. Isterinya takde. Mereka kahwin dah lama tapi tiada rezeki anak. Umur sebaya la kami ni.

Dah siap bersarapan tadi terus ke BS Freshmart berdepan Restoran Kuah tu je untuk beli barang dapur. Banyak jugak beli barang. Cuti sekolah dah bermula ni. Plan setiap hari kena masak sarapan untuk anak-anak.





Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah..murah rezeki dua dua... Kena bangun awal la mcm ni masak sarapan

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah moga dimewahkan rezeki kak Cie sekeluarga

    BalasPadam
  3. kari kambing tu nampak sedappp...alhamdulillah rezeki tu bila org tlg byr bil ;)

    BalasPadam
  4. petang tadi saya pun ngeteh roti canai dengan suami dan anak anak. Riuh sampai takleh sembang sebab orang tonton live JDT lawan Kelantan

    BalasPadam
  5. Mee goreng mamak dan kari kambing tuh pastiiii sedap 🤤🤤🤤❤️.

    Baiknya yg bayar kan makanan. Tapi bagus juga kalau suami kakak langsung balas utk treat temannya yg lain 👍👍. Kebaikan harus diteruskan. ❤️❤️

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki Cie sekeluarga

    BalasPadam
  7. Rezeki dikongsi bersama... mudah²an semuanya terus diberikan rezeki yang melimpah ruah.
    Adik ni macam Wafi lah... suka betul megi goreng.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah. semoga dimurahkan rezeki buat orang yg selalu bersedekah

    BalasPadam
  9. suka tengok awak rajin betul jalan2 cari makan... dulu saya rajin jugak tapi sekarang ni kalau cuti memang malas nak keluar

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak ..sedap capati tu .. kalau CCL 2 keping cukup kenyang .

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak ..sedap capati tu .. kalau CCL 2 keping cukup kenyang .

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.