Over 8 Years Shopping With Shopee

Cie memang pengguna tegar Shopee sejak 2016. Macam-macam la Cie order kat Shopee je senang. Baru-baru ni tengok ramai kawan kat IG buat benda ni Cie pun jumpa link dan try buat. Geng-geng blogger pun ramai buat. Cie buat dan lupa share. 

So hari ni nak share la dah berapa lama Cie bersama Shopee dan berapa dah Cie leburkan duit shopping di Shopee. Bukan beli benda tak berfaedah ye. Semua berguna.

Bermula pada 29 November 2016 Cie download apps Shopee.


Sedar tak sedar dah lebih 8 tahun rupanya. Tahun ke 9 dah meleburkan duit kat Shopee ni. Dah lebih 525 order dah. Fuhhhh lap peluh. Ni buat 2 minggu lepas rasanya. Dalam tempoh selepas buat tu banyak lagi Cie klik order. Hahaha


Tak faham kenapa dia kata Pahang obses dengan bantal. Takdela banyak pun beli bantal. Seingat Cie 3 biji je.


Tak ingat dah mula-mula shopping apa kat Shopee ni. Betul la tu kot beli botol. Ke tumbler gitu la kot.


Tengok live pun kekadang nak grab coin, nak grab offer. Selagi boleh dapat best offer kita kena grab.


Waktu malam la lepas dah siap dinner. Mengadap handphone lepas tu gatai masuk Shopee dah terklik beli macam-macam.


Sedar tak sedar dah melebur RM20,448 rupanya dengan Shopee ni. Dah semua benda ada kan kita shopping jela online lebih mudah. Tak payah pergi kedai nak beli barang.


Ni rasanya Cie beli walking pad kot. Buat masa ni walking pad tu jadi tukun jap. Entahla bila nak semangat walking atas tu. 


Cie ada juga join affiliates tapi takdela full time. Tak rajin sangat nak buat. Jadi takdela banyak dapat komisen.



Dapat pernah dapat komisen RM10 rupanya. Tak pernah kira. Perasan je ada masuk akaun sen-sen tu yang tak ambil port sangat.




Begitulah kisah shopping di Shopee. Mudah la ada platform Shopee ni. Mostly barangnya ada yang murah dari kedai. Jadinya mestila kita beli dari Shopee nak penjimatan kan. Shipping pun free je. 

Korang dah buat belum ni? Try la check korang dah berapa lama bersama Shopee dan berapa banyak dah korang meleburkan duit kat Shopee. 

Boleh klik sini Link Shopee


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Cuya tak cek pon...
    Bukan penyoping tegar hehe.
    Sekarang dah beralih arah ke tiktok

    BalasPadam
  2. Peh.. kalah kak Notie. Setakat saya baca blogger share shopee wrap ni, Cie paling banyak shopping dengan shopee.

    BalasPadam
  3. cie lagi lama dari MZ laa...MZ start mac 2018 ;)

    BalasPadam
  4. Nak buat juga la nanti. Boleh tahan juga cie rajin nenonton live ya

    BalasPadam
  5. Banyak juga shopping tu Cie. .tapi since 2016 logik la kan. Akk so far selesa beli offline tak tau la kalau nanti terjebak juga 😅

    BalasPadam
  6. Pembelian yg bijak. I belum pernah beli brg kat Shopee. Selalu beli kat tempat yg satu lg tu.

    BalasPadam
  7. Aiiiih ada juga shopper bikin history customer nya yaa, macam Spotify dan kalau disini Gojek pun buat juga. Nanti saya nak lihat shopper Indonesia apa ada buat juga tak

    BalasPadam
  8. shopee ni bahaya bila kita tgok malam2 sebelum nak tidur. tau2 je ter-checkout haha

    BalasPadam
  9. Ganjaran dari Shopee, menarik ..

    BalasPadam
  10. Sama la kita 8 thn terjebak..7K dah habis...hahahaha

    BalasPadam
  11. saya semua tempat murah saya shopping hahahhah

    BalasPadam
  12. CCL ada draf entri shopee wrap ni ..tapi belum publish lagi . Kalau akak cie 8 tahun .. CCL lebih dua tahun ... jadinya 10tahun bersama Shopee

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.