Cie dah lama ada akaun Pixajoy tapi tak pernah pun lagi Cie order apa-apa dari Pixajoy. Tahun 2021 rasanya ada Cie try jugak design lepas tu tinggal terus je takde add to cart.
Baru-baru ni rasa nak buat kalendar. Cie pun log in dan pilih design. Tengok harga pun ok so Cie print la 2 kalendar. Ada diskaun voucher juga masa tu. Cie try je buat design tu nak tengok cantik ke tak hasil printing Pixajoy.
21 November buat order dan 27 November 2025 dah selamat sampai. Cie buat table kalendar. 1 letak dalam office, 1 lagi nak letak kat bahagian kitchen jabatan Cie. Cie custom letak nama pada tarikh birthday setiap orang dalam jabatan so semua alert la nak wish birthday nanti.
Jenuh jugak Cie custom tu. Cie letak juga kata motivasi setiap bulan. Gambar tu random jela pilih yang mana nampak di mata dalam drive tu.
Harga pulak tak sure la mahal ke murah. Cie tak pernah custom calendar ni. Baru pertama kali Cie buat ni.
Project : JDS LIPIS 2026
Product : 12 Months Calendar : 8” x 6” Portrait
Cover : Calendar Hard Stand
Paper : 260gsm Art Card
Add-on Accessory : No Sticker Set
Quantity : 2
Page Count : 15
Item Total : RM 74.00
Discount (Discount Value) : - RM 53.00
Sub Total : RM 21.00
Shipping (Express Delivery) : RM 13.00
Discount(RM15 OFF (no min.spend)) : - RM 15.00
Total : RM 19.00
Cie hanya bayar RM19 untuk 2 kalendar selepas tolak segala diskaun yang diberikan. Hasilnya memuaskan hati so berbaloi la Cie bayar.
Jom la tengok cantik ke idok Cie custom. Hihi
Bagi semua yang tengok kalendar ni termotivasi hari-hari bila baca kata-kata motivasi. Best jugak main custom design sendiri ni. Feel macam designer dah. Hihi. Tu pun main pilih cincai je. Bila dah siap cantik jugak.


8 Ulasan
pernah order kalendar meja utk thn 2018 dgn pixajoy. the 1st n the last. pas tu x order dah. huhuhu...
BalasPadamwah cantik tu cie, Depa mesti seronok sebab ada gambar semua
BalasPadamcantik Cie, boleh simpan terus nanti jadi kenang-kenangan..
BalasPadamcutenya boleh custom sendiri. saya pulak tunggu kalendar free dari orang jelah hahaha
BalasPadamcantik.. boleh jadi designer kalau macam ni
BalasPadamcantiks.... MA x pernah miss, setiap tahun mesti buat
BalasPadamcantik calender tu bole custom..biasa tempah photobook je dgn pixajoy
BalasPadamMmg best kalau benda customised... nnt dh habis tahun pun sayang nk buang
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.