DASH BOX HOTEL | CYBERJAYA
Memandangkan Pahang cuti Hari Hol pada 7 Mei yang lepas maka Cie pun street jela apply cuti 8 Mei hingga la 9 Mei memang dah cuti sempena hari mengundi. So hari Ahad 6 Mei tu kami anak beranak ke Putrajaya la sebab 7 Mei tu babah kerja. Check in kat Dash Box Hotel Cyberjaya.
Lama dah dengar cerita pasal hotel ni. Teringin la juga nak stay kan. Rupanya memang best sangat. Kebetulan check in time tak ramai orang so sangat la selesa.
Cie ambil bilik Dash Twin Room - No View RM189 sahaja termasuk breakfast. Sebut pasal breakfast ni memang best tau sebab kita just order je nak makan apa. Dash Box Hotel ni takde buffet breakfast. Just ala carte order sahaja. Part paling best fruit juice memang pure fruit bukan cordial. Masa tu Cie order watermelon juice dan orange juice. Memang fresh sebab sekali kita order sekali mereka buat.
Bilik pun sangat selesa untuk kami 4 beranak cuma televisyen jela takde. Ok je sebab memasing layan tengok handphone je. Wifi free pun ada so boleh guna je.
ada gym jugak kat sini |
sebelah kanan tu receptionist, sebelah kiri ni macam kedai jual baju |
view kawasan hotel depan tu ada pool |
pool untuk kanak-kanak siap ada slide lagi |
bilik untuk kanak-kanak main |
pool untuk orang dewasa |
ni balik kami. cabin je |
seronok sangat duk hotel |
ada basikal juga boleh rent |
unik kan menu kat sini macam paper lama je |
amboi dik nak order apa tu |
kakak konon-konon nak candid je |
menu kat sini semua ala carte |
adik order coco crunch je. beria tengok menu. hahah |
fruit juice |
omelette |
roti canai dan rendang ayam |
nasi lemak rendang ayam |
cantik kan sinki? |
belanja gambar puan punya blog sikit. kuikuikui |
No comments:
Post a Comment