Jangan Benci Cintaku - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 28 July 2018

Jangan Benci Cintaku

JANGAN BENCI CINTAKU | TV3

jangan benci cintaku


Cerita yang tengah meletop sekarang ni kat TV3 setiap hari Isnin-Jumaat jam 7-8pm. Bila scroll facebook setiap hari ada je yang marahkan shah dan husna. Memang real je watak yang mereka bawakan ni. Memberi impak yang besar kepada penonton.

Mula-mula dulu Cie tak tengok sangat pun tapi bila dah mula tengok bagi Cie cerita ni ada nilai-nilai yang kita boleh ambil dari sudut yang positif. Tak semua cerita melayu ada nilai negatif. Kisah rumahtangga yang kita boleh jadikan iktibar dalam kehidupan.

Kisah rumahtangga antara shah dan fika. Shah izinkan untuk fika sambung belajar ke oversea selepas mereka nikah. Nikah muda sangat lepas habis spm. Dah tentu fika nak capai cita-cita dia jugak kan.

Semasa fika belajar dia sikit pun tak pernah curang dengan shah. Cincin yang shah bagi pun dia tak pernah tanggal. Cincin yang tertulis nama mereka berdua. Sedangkan shah simpan cincin dalam laci. Shah curang dengan fika. Terjumpa dengan gadis bernama husna. Asalnya nak menolong husna tapi akhirnya jatuh cinta pulak sebab bini jauh kan.

Shah tak datang hari konvo fika. Fika balik Malaysia pun Shah tak jemput. Apa punya suami la kan. Syok bercinta dengan perempuan lain, isteri yang sah dinikahi pun diabaikan.

Bila fika dah balik Malaysia kantoi yang shah ada perempuan lain tapi fika masih cool. Masih cuba untuk tawan hati suami. Tapi tu la orang sedang kemaruk bercinta terus lupakan bini. Yang si husna pulak dah elok-elok clash hari tu bila shah pujuk je terus cair. Tu semua salah mak husna la yang call si shah suruh datang kampung. Ada ke ek mak yang restu anak nikah laki orang?

Ni la yang mencetuskan kemarahan semua orang yang tengok cerita ni. Ada yang marah fika sambung belajar. Ada yang marah shah buat macam tu kat fika. Ada yang marahkan husna gatai merela nak kat laki orang.

Tak sabar nak tunggu ending kan? Cerita ni ada 28 episod. Tak lama lagi habis la.

Ada lagi watak lain yang menjadikan jalan cerita ni best. Antaranya kawan baik shah si faris yang tak habis-habis dengan cerita hindustan dia tu dan sentiasa cuba untuk selamatkan rumahtangga shah dan fika. Kawan baik fika, damia yang sentiasa tolong fika. Irwan sepupu fika yang jatuh cinta dengan fika tapi fika taknak. Nenek pah, nenek shah yang tak sukakan fika tapi lebih sukakan husna. Mak husna yang restu hubungan anaknya dengan suami orang. Kawan serumah husna, nelly yang tak sokong pun husna dengan shah. Mak ayah shah, mak ayah fika, Linda, Syazwi, Letisha.

Mungkin cerita ni boleh dijadikan pengajaran buat para suami, para isteri, para perampas.

1 comment:

  1. Cerita yang buat zumal rasa geram yang tak tertahan. Hehehe...

    ReplyDelete