Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam

HOTEL DE ART | SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Minggu lepas Cie ada seminar kat Laman Kayangan so terus la survey hotel yang paling dekat dengan Laman Kayangan tu. So muncul la Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam ni. Actually ada je hotel lain tapi disebabkan Cie memang dah lama teringin nak stay sini so terus jela booking.

sofa ni memang cantik sangat. rasa macam puteri pulak bila duk situ

Cie bagi korang tengok gambar jela ye. Memang cantik sangat decoration kat situ. Bau pun wangi je bila masuk kat lobi tu. 

katil ni pun cantik juga dia punya kepala tu. 



lupa nak snap shower punya paip tu cantik juga. yang tu shower gel dan shampoo


hotel ni provide juga berus gigi

hair dryer pun hotel ni provide


beg tu la husband tertinggal. aduhai nasib baik call semula staf hotel kata ada

abaikan barang yang bersepah atas tu




mineral water dan alicafe pun ada juga kot la terasa nak minum kan boleh la bancuh kettle pun ada


iron board takde dalam bilik. kalau kat level 1 ada kat depan bilik 102


lukisan ni berharga rm350. semua lukisan kat hotel ni sangat cantik

prop ni semua ada kat lobi. sebelah kaunter




my love family. mintak adik receptionist tu tolong snap gambar

feeling pengantin baru u ols. anak dara snap gambar



ibu posing dengan adik je. kakak taknak

i ols feeling puteri kayangan la duk atas sofa ni

unik kan radio ni. boleh guna pen drive untuk dengar lagu

makanan ringan pun ada dijual kat situ

aiskrim dan air pun ada dijual kat situ

ni bilik yang cie ambil. belum termasuk tax harga tu. kalau dah masuk tax rm3++ something juga la untuk 2 malam. bayar kat hotel. booking via booking.com lebih murah dari yang lain
Lokasi Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam ni agak strategik juga la. Sebelah hotel ada kedai mamak Siti Bistro tapi disebabkan Cie tak makan kat kedai mamak so kami memang cari makan kat tempat lain. Situ banyak shop lot antaranya ada dobi layan diri, mini market, kedai jahit, kedai hardware dan macam-macam lagi la ada.

So lepas check out kami terus terjah dobi untuk cuci baju sebelum balik. Hotel ni tak sediakan breakfast so harga untuk bilik saja.

Cie just nak remind korang kalau nak book jangan ambil Partial Lake View ni. Jangan tertipu macam Cie. Hahahaah. Ingatkan betul la nampak view tasik. Rupanya tasik tak nampak sangat pun dari bilik. Buka je langsir nampak parking, jalan, then seberang jalan tu baru la ada tasik. Harga tak sama tau. Kalau yang ada view tasik ni mahal sikit dari yang takde view. Better korang pilih no view pun takpe.Macam Cie tak dan nak tengok view pun. Malam pertama tu sampai dah lewat lepas tu awal pagi dah keluar pergi seminar. Dah malam baru balik bilik. So memang rugi sebenarnya. Tapi apa boleh buat tersilap perhitungan.

Overall tentang hotel ni best la sebab decoration hotel ni agak unik dan cantik. Sedap mata memandang. Hotel ni merupakan Malaysia's 1st Art Themed Boutique Hotel.

Hotel ni pun ada banyak cawangan kat tempat lain antaranya ialah Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam, Hotel De Art I-City Shah Alam, Hotel De Art USJ 21 Subang Jaya, Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam.

Alamat Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam
No. 3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 03-55180975
Emel: info@hoteldeart.com.my







Share this article: