8 Fadhilat Surah Al-Waqiah

SURAH AL-WAQIAH

8 Fadhilat Surah Al-Waqiah

Di dalam Surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat. Antaranya ialah:

#1 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

#2 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

#3 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

#4 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

#5 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

#6 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.


Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

#7 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”


#8 FADHILAT SURAH AL-WAQIAH

Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


SURAH AL-WAQIAH


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah


Surah Al-Waqiah

Share this article: