Tema Warna Baju Raya Sedondon 2019
Ramadhan pun belum lagi tapi ramai dah yang sibuk mencari warna tema untuk tahun 2019 kan. Senang sediakan lebih awal supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadat sepanjang Ramadhan.
So untuk tahun ini Pantone memperkenalkan warna tema 2019 iaitu Pantone 16-1546 Living Coral
Warna ni macam warna jingga pun ada kan. Macam Cie dan family memang jarang merancang warna apa yang nak dipilih setiap tahun. Selalunya kami akan pergi ke mana-mana kedai yang menjual baju sedondon. Selalunya butik yang menjadi pilihan ialah Gene Martino dan Sireh Pinang.
Untuk tahun ni masih belum decide nak beli kat mana. Main terjah jela nanti tengok mana yang berkenan di hati. Memang setiap tahun la macam tu. Macam tahun lepas tengok kat Gene Martino tapi takde yang berkenan di hati. Jalan-jalan dalam Wangsa Walk ternampak butik Sireh Pinang. Terus jela masuk dan terus je berkenan dengan baju sedondon kat situ.
So tahun ni taktau lagi butik mana yang jadi pilihan. Fesyen apa pun tak difikirkan lagi setakat ni. Kalau nak tempah pun leceh jugak nak kena cari kain, nak kena cari tailor lagi. Biasanya tailor dah tak ambil tempahan sebab mereka sendiri tak cukup kaki dan tangan nak menjahit. Nak memudahkan beli jela yang dah siap. Harga pun kadang-kadang lagi murah yang dah siap.

Living Coral Sesuai Dengan Semua Jenis Kulit
Bagi yang berkulit gelap tak perlu risau sebab warna Living Coral ni sesuai dengan semua jenis kulit sama ada kulit cerah mahupun gelap. Kadang-kadang ok je bila pakai cuma kita jela kurang keyakinan diri nak menggayakan warna tersebut kan. Risau takut tenggelam kan atau kadang-kadang rasa menyerlah sangat.
Cie pun ada masa rasa macam tu jugak. Tak yakin nak pakai warna yang terang memandangkan kulit kurang cerah. Hahahah. Tapi tak la gelap sangat kan. Kalau ikutkan ok je cuma diri sendiri jela rasa macam tak sesuai.
Tengok jela tahun ni warna apa yang jadi pilihan kami sekeluarga. Nanti Cie share kat next entry pulak.