Sidang Kopi Kuala Lipis

Sidang Kopi Kuala Lipis
antara menu yang kami order tadi

Pagi tadi masuk kerja sekejap sebab ada sikit kerja yang nak kena buat sebelum bercuti agak lama juga la. Takut naik kerja nanti sendiri yang murung sebab kerja makin menimbun kan so kena la buat sikit. Balik kerja husband ajak pergi makan kenduri geng pejabat dia. Mula-mula macam malas, anak-anak beria pujuk maka ibu pun rajinkan diri la.

Lepas je balik dari kenduri terus pergi beli barang dapur untuk stok bekalan seminggu. Tiba-tiba rasa macam nak minum sesuatu yang sejuk. Ajak husband pekena abc sedap jugak. Husband kata jom cuba kedai baru kat tepi sungai tu. Takdelah baru sangat cuma kami belum cuba je lagi. Rasanya dibuka tahun lepas. Kedai kopi anak muda yang diberi nama Sidang Kopi.

Kami sampai tadi kedai penuh dan memang takde meja kerusi kosong. Cuma ada kerusi dan meja owner melepak kot kat tepi mereka punya bar counter. Masa kami sampai tu pun atas meja ada air, ada handphoen, ada pinggan. So mereka kemas la untuk bagi kami duduk.

Konsep kat sini kena buat pesanan makanan dan minuman kat kaunter lepas tu bayar dan minuman serta makanan akan dihantar terus ke meja. Minuman berasaskan kopi serta makanan yang ringan seperti kek, waffle aiskrim, nasi lemak, puff dan ada beberapa jenis menu lagi la.

Sesuai untuk melepak sambil minum kopi berbual mesra dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kedai ini diusahakan 3 orang anak muda. Bagus adik-adik ni walaupun masih muda tapi berani untuk mencuba bidang perniagaan makanan yang jarang sekali diusahakan anak muda. Semoga mereka terus maju dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Sidang Kopi Kuala Lipis
tempat lepak santai


Sidang Kopi Kuala Lipis


Sidang Kopi Kuala Lipis


Sidang Kopi Kuala Lipis


Sidang Kopi Kuala Lipis


Sidang Kopi Kuala Lipis


Sidang Kopi Kuala Lipis

Share this article: