PASAR PAYANG TERENGGANU
Kalau sebut Pasar Payang memang ramai yang tau kan? Memang tempat membeli belah yang tersohor la di Terengganu. Semua barang ada dijual di sana. Kalau masuk pagi, tengahari la baru boleh keluar selagi duit tak habis.
Sejak ianya mula dibuka Cie masih belum berkesempatan nak singgah. Baru-baru ni masa cuti raya cina kami sekeluarga ke Terengganu bagi menghadiri majlis pertunangan anak saudara so dah alang-alang bercuti ke sana sempat la ke Pasar Kedai Payang yang baru terletak bersebelahan dengan Pasar Payang yang lama.
Kami ke sana seawal pagi untuk elakkan dari ramai orang. Rupanya kami sampai dah pun ramai orang yang masuk ke situ. Kedai pun awal pagi sudah dibuka.
Pasar Kedai Payang yang baru ni lebih selesa untuk kita membeli-belah kerana ruangnya yang agak luas dan tidak bertingkat lebih memudahkan warga emas untuk membeli-belah serta berjalan-jalan di dalam pasar payang.
Pelbagai jenis barangan dijual seperti makanan, minuman, pakaian, barangan perhiasan, barangan dapur dan bermacam-macam lagi la yang menarik minat ramai orang tak kira lelaki mahupun perempuan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
|
CANTIK KAN BARANGAN MENGKUANG NI |
|
LORONG NI TAK RAMAI SANGAT PENGUNJUNG. LORONG PAKAIAN JE MEMANG SESAK SIKIT |
|
BABAH MELAYAN ANAK-ANAK DIA BELIKAN SERULING. SAMPAI RUMAH SERULING TU DIABAIKAN JE. HAHAHA |
|
MACAM-MACAM ADA DIJUAL DISINI |
Cie terlupa pulak nak snap gambar lorong yang menjual pakaian dan makanan. Lebih banyak record video untuk Insta Story je. Next time la kalau singgah lagi Cie nak snap gambar banyak-banyak.