Wednesday, 19 February 2020

Telur Mata Goreng Kicap

Telur Mata Goreng Kicap

Menu yang paling senang nak buat kan? Selalunya kalau telur macam ni anak-anak berselera sangat makan. Menambah 3-4 kali la nasi.

Macam Cie suka kuning telur tu cair. Kalau keras Cie tak makan bahagian kuning. Beza la dengan telur rebus kuning dan putih semua makan. Kalau telur goreng mata ni memang suka cair je. Kira separuh masak la.

Nikmat sangat makan bila telur kuning tu pecah. Fuhhh teramat sedap tak boleh nak gambarkan. Sendiri kena rasa baru tau macam mana rasanya.

Untuk kuah kicap tu bukan curah kicap semata-mata. Biasanya Cie akan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi atau cili merah lepas tu baru letak sos tiram dan kicap. Curah atas telur tu.

Selain dari kicap boleh jugak letak sos. Jadi la telur mata goreng sos. Sedap jugak. Selalu jugak buat tapi anak-anak lebih suka kicap.

4 comments: