Novotel Hotel Taiping Perak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 11 September 2020

Novotel Hotel Taiping Perak

 NOVOTEL TAIPING

Novotel Hotel Taiping Perak

Cuti sempena Awal Muharram pada 20 Ogos 2020 kami sekeluarga bersama keluarga mertua pergi melawat Mak Tok (mak kepada Mak Mertua Cie). Mak Tok duduk si Sungai Dua Pulau Pinang. Alhamdulillah Mak Tok masih sihat walaupun usia dah menjangkau 80an. 

Selepas pulang dari melawat Mak Tok kami bertolak ke Taiping Perak berdekatan dengan rumah Mak Ngah (adik kepada Mak Mertua). Kami menginap di Novotel Hotel & Resort Taiping Perak. Semua urusan booking dan check in diuruskan oleh Abang Ipar (abang ketiga suami).

Novotel Taiping ni betul-betul berada atas Taiping Mall. Tapi tak sempat pun hari tu nak jalan-jalan kat Mall. Check In pun dah malam. Keesokannya dah Check Out. Plan asal 1 malam je lepas tu tiba-tiba husband ajak stay sebab Mak Mertua nak stay rumah Mak Ngah 1 malam. Nak book lagi 1 malam dah full terpaksa la cari hotel lain pulak.

Ni lobi hotel. Check In dah malam takde orang dah



TV dalam bilik flat screen. Siap bagitau kita dah bilik selamat dah sanitized. Musim Covid kan memang semua kena jaga betul-betul

Bathroom besar cuma takde bath tab jela

Bathroom seksi sangat. Hahaha. Kena turunkan sliding baru tak nampak masa mandi. Jenuh la nak mandi kalau open gitu.

Ada juga meja dan kerusi boleh la pagi-pagi ibu menulis Gratitude Journal kat situ

Anak-anak i kalau stay hotel memang teruja lain macam. Nampak la bandar Taiping.

Excited sangat tengok pool kat bawah

Biasa kalau Cie book memang pilih single bed. Senang boleh rapatkan katil jadi luas la untuk tidur 4 beranak. Babah terpaksa tidur atas sofa la



Ada iron board dan iron sekali kat dalam bilik



Seperti biasa setiap hotel mesti la ada ni

Cantik betul showel gel dan shampoo tu

Untuk breakfast takde buffet maybe sebab Covid mereka ambil order Ala Carte saja

Tak feel nak order makan kalau Ala Carte ni sebab tak nampak macam mana rupa makanan kan. Jadi main hentam saja la order. Makanan kat sini biasa-biasa saja. Macam untuk kesihatan betul kurang rasa. Hahaha. Macam takde garam pun ye jugak. Bila dah lapar telan jela kan. 


Kakak comel

Adik Comel









Happy Family

Ibu nak manja-manja posing dengan babah, kakak sibuk nak menyelit

Dapat la jugak sekeping cukup la. Hahaha

Adik pun nak jugak

Overall review Cie sepanjang stay Novotel Taiping ok la not bad service dan facillities semua lengkap. Cuma bab makanan la kurang sikit mengikut selera Cie. Hihihi. Mungkin selera orang lain sedap kan mana tau. Mudah la bila stay sini sebab tengah-tengah bandar Taiping. Nak ke mana-mana pun dekat saja.

Nak tau lebih lanjut tentang hotel ni boleh tengok sini ye NOVOTEL TAIPING. 

3 comments:

  1. Cantik bilik hotel ni. Sukalah dinding cermin macam tu, Boleh tengok view luar tu. lebih menarik.

    ReplyDelete
  2. okay next time ade rezeki nak try hotel ni la pulak

    oh btw feel free utk join and meriahkan my giveaway here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete