Redeem Diskaun 50% Di 7E Cafe

Minggu ni saja 3 kali Cie singgah 7E. Memang untung banyak la 7E ni dapat customer macam Cie. Hahaha. Cie pun untung nak redeem voucher yang boleh di redeem sambil nak collect stamps untuk plushie. 

Plushie yang dah redeem tu jadi kepunyaan adik Rania dah. Takde tanya dah ibu bagi ke tak. Dia terus letak kat meja study dia dah. Redeem next nanti boleh bagi kakak Raisha pulak kalau dia nak. 

Hari ni Cie redeem Iced Latte dan Korean Spicy Creamy Bakes Macaroni. Kedua-dua ni dapat diskaun 50%. Harga asal Iced Latte RM4.90 selepas diskaun RM2.45. Macaroni harga asal RM9.90, selepas diskaun RM4.95. 





Anak-anak la request nak lunch 7E je hari ni, nak ramen je. Cie pun beli la pau juga 2 ketul. Rasanya cashier tu tadi salah bagi. Cie order Green Tea Red Bean dan Chocolate Coffee. Yang dapat flavour lain tu tak sure apa macam rasa savouri pau. Ayam ke apa entah la sedap juga. Share dengan Faiz dia kata sedap. Yang green tea tu tak dapat. 

Adik Rania beli slurpee juga. Dia memang suka la air manis-manis. Kakak Raisha tak suka sangat. 

Sedap juga macaroni tu pedas-pedas dan creamy lepas tu ada potongan daging. Sementara ada diskaun ni boleh la beli. Rasanya promo produk baru tu. 

Banyak lagi voucher boleh redeem tu. Sambung minggu depan pulak singgah 7E. Orang dah bagi kan kita ambil jela. Rugi kalau tak guna. 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Boleh dapat award pelanggan setia!

    BalasPadam
  2. regular customer cie..ada diskaun byk tu best

    BalasPadam
  3. Meriah Cie bershopping di 7e.
    Terasa FOMO pulak sbb tak pernah beli lagi f&b dekat 7e ni 🫣

    BalasPadam
  4. Saya belum sempat redeem lagi, due date lama lagi.. hihi

    BalasPadam
  5. Macaroni tu nampak menarik.. boleh try juga ni nanti.. Kadang tu tak tau nak makan apa, memang ke 7E je lah..

    BalasPadam
  6. Penginapan saya nanti di KL pas December dekaaaat dengan sevel. Jadi kalau malas cari makan, dah lah beli dari Sevel saja. Tinggal panaskan 😄. Mudah dan sedaaaap . Macam tak sabar tunggu akhir tahun

    BalasPadam
  7. LZ tak kerap singgah di 7E tapi lepas Cie cerita tentang makanan di 7E terus rasa nak cuba.. Nampak sedap..

    BalasPadam
  8. Banyak tu 50%. Rugi tak redeem cecepat. Macaroni tu nampak sedappp.

    BalasPadam
  9. Dah dapat 50% disc memang kena redeemlah.. banyak tu boleh jimat.

    BalasPadam
  10. Untunglah ada potongan 50%. Jimat banyak tapi kena guna apps ya?

    BalasPadam
  11. 7-Eleven Cafe sekarang memang makin kerap buat promo menarik untuk pelanggan setia.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.