Plushie yang dah redeem tu jadi kepunyaan adik Rania dah. Takde tanya dah ibu bagi ke tak. Dia terus letak kat meja study dia dah. Redeem next nanti boleh bagi kakak Raisha pulak kalau dia nak.
Hari ni Cie redeem Iced Latte dan Korean Spicy Creamy Bakes Macaroni. Kedua-dua ni dapat diskaun 50%. Harga asal Iced Latte RM4.90 selepas diskaun RM2.45. Macaroni harga asal RM9.90, selepas diskaun RM4.95.
Anak-anak la request nak lunch 7E je hari ni, nak ramen je. Cie pun beli la pau juga 2 ketul. Rasanya cashier tu tadi salah bagi. Cie order Green Tea Red Bean dan Chocolate Coffee. Yang dapat flavour lain tu tak sure apa macam rasa savouri pau. Ayam ke apa entah la sedap juga. Share dengan Faiz dia kata sedap. Yang green tea tu tak dapat.
Adik Rania beli slurpee juga. Dia memang suka la air manis-manis. Kakak Raisha tak suka sangat.
Sedap juga macaroni tu pedas-pedas dan creamy lepas tu ada potongan daging. Sementara ada diskaun ni boleh la beli. Rasanya promo produk baru tu.
Banyak lagi voucher boleh redeem tu. Sambung minggu depan pulak singgah 7E. Orang dah bagi kan kita ambil jela. Rugi kalau tak guna.





2 Ulasan
Boleh dapat award pelanggan setia!
BalasPadamSetia dengan 7e nampaknya
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.