Aiskrim Magnum Pistachio

Baru ni singgah 7E selepas urusan adik Rania selesai di klinik masa tepi mata dia cedera tu. Katanya nak aiskrim. Cie pun join beli sekali. Nak try lama dah aiskrim magnum pistachio tu.


Beli la 1 untuk Cie je. Anak-anak nak aiskrim lain. Harganya RM6.50. Sekali sekala boleh la ni buat rasa-rasa. Memang sedap cuma kalau jenis tak suka manis tu akan rasa manis la. 



Bagi Cie ok je sedap ada rasa pistachio bergabung dengan coklat tu rasa dia macam mewah la. Tak reti nak describe tapi memang premium dan sedap.

Makan aiskrim malam-malam pukul 9. Hihi. Kalau berdiet memang hancur la diet. Sekarang main bedal saja la. 


Catat Ulasan

0 Ulasan