Scammer Menyamar Mahu Hantar Jemputan WhatsApp? Jangan Terpedaya Dengan Permintaan Kod Pengesahan!

Ramai pengguna WhatsApp mungkin pernah menerima mesej daripada kenalan lama yang tiba-tiba menghubungi melalui Facebook Messenger. Alasannya nampak meyakinkan kononnya mahu menghantar jemputan melalui WhatsApp. 

Namun, di sebalik alasan tersebut sebenarnya tersembunyi cubaan untuk mengambil alih akaun WhatsApp mangsa. 

Baru-baru ini Cie menerima mesej daripada seorang kenalan lama di Facebook Messenger. Cie kenal abang tu masa Cie kerja di PJD Construction Ara Damansara lama dah around tahun 2007/2008. Abang tu driver CEO. 

Beliau meminta nombor telefon Cie dengan alasan ingin menghantar jemputan melalui WhatsApp. Cie pun tanya la nak jemput anak abang kahwin ke. Dia jawab ye. 

Mulanya Cie takde syak apa-apa Cie pun bagi la nombor telefon. Abang tu cakap nanti cod whatsapp sampai dia suruh Cie bagi kat dia katanya nak buat jemputan pdf. Masa tu Cie dah syak mesti scammer. Dia ingat Cie bodoh agaknya. Mana la ada orang buat kad jemputan guna code whatsapp. 

Berkali-kali tau dia menekan-nekan suruh Cie bagi code whatsapp. Dah la dia eja cod bukan code. Dia cakap code tu dihantar ke emel.

Cie ada terima kod pengesahan WhatsApp melalui e-mel dan aplikasi WhatsApp. Yang whatsapp tu Cie cancel. Yang emel tu Cie report. 


Masa dia menekan-nekan mintak code tu Cie terus cakap bagi date dan tempat jela kalau nak jemput. Ni mesti scammer. Dia jawab mana ada scammer ok je ni katanya. Sampai ke sudah takde ye jemputan dia tu.

Kenapa Scammer Mahu Kod Pengesahan?

Kod pengesahan WhatsApp hanya digunakan untuk mengesahkan pemilik nombor telefon ketika log masuk ke akaun WhatsApp.

Jika kod ini diberikan kepada orang lain, mereka boleh:
  • Mengaktifkan akaun WhatsApp kita pada telefon mereka.
  • Mengambil alih akaun WhatsApp kita.
  • Menyamar sebagai kita untuk menipu ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tanda-Tanda Penipuan

Antara petanda yang perlu diberi perhatian ialah:
  • Menghubungi secara tiba-tiba selepas lama tidak berhubung.
  • Meminta nombor telefon atas alasan mahu menghantar jemputan.
  • Meminta kod pengesahan WhatsApp.
  • Terus mendesak walaupun kita menolak atau memberi cadangan lain.



Apa Yang Cie Buat? 

Cie tak bagi pun code tu walaupun diminta beberapa kali. Sebaliknya Cie cancel je proses pengesahan yang muncul di WhatsApp dan mengabaikan permintaan tersebut.

Syukurlah akaun WhatsApp Cie kekal selamat kerana kod pengesahan tidak pernah dikongsi.

Cara Melindungi Akaun WhatsApp

Untuk mengelakkan menjadi mangsa:
  • Jangan sesekali berkongsi kod pengesahan WhatsApp dengan sesiapa.
  • Aktifkan Pengesahan Dua Langkah (Two-Step Verification) dalam WhatsApp.
  • Jika seseorang meminta kod pengesahan dengan apa juga alasan, anggap ia sebagai cubaan penipuan.
  • Hubungi kenalan tersebut melalui saluran lain kerana ada kemungkinan akaun media sosial mereka telah digodam.
Scammer sentiasa mencari pelbagai alasan untuk mendapatkan kod pengesahan WhatsApp, termasuk menggunakan alasan mahu menghantar jemputan atau hadiah.

Ingat satu perkara penting:

Kod pengesahan WhatsApp hanya untuk anda sebagai pemilik akaun. WhatsApp atau rakan anda tidak akan meminta kod tersebut untuk menghantar jemputan.

Jika anda pernah menerima mesej seperti ini, jangan panik dan jangan sesekali berkongsi kod tersebut. 

Semoga perkongsian pengalaman ini dapat membantu lebih ramai pengguna mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.


Catat Ulasan

0 Ulasan