Ramai pengguna WhatsApp mungkin pernah menerima mesej daripada kenalan lama yang tiba-tiba menghubungi melalui Facebook Messenger. Alasannya nampak meyakinkan kononnya mahu menghantar jemputan melalui WhatsApp.
Namun, di sebalik alasan tersebut sebenarnya tersembunyi cubaan untuk mengambil alih akaun WhatsApp mangsa.
Baru-baru ini Cie menerima mesej daripada seorang kenalan lama di Facebook Messenger. Cie kenal abang tu masa Cie kerja di PJD Construction Ara Damansara lama dah around tahun 2007/2008. Abang tu driver CEO.
Beliau meminta nombor telefon Cie dengan alasan ingin menghantar jemputan melalui WhatsApp. Cie pun tanya la nak jemput anak abang kahwin ke. Dia jawab ye.
Mulanya Cie takde syak apa-apa Cie pun bagi la nombor telefon. Abang tu cakap nanti cod whatsapp sampai dia suruh Cie bagi kat dia katanya nak buat jemputan pdf. Masa tu Cie dah syak mesti scammer. Dia ingat Cie bodoh agaknya. Mana la ada orang buat kad jemputan guna code whatsapp.
Berkali-kali tau dia menekan-nekan suruh Cie bagi code whatsapp. Dah la dia eja cod bukan code. Dia cakap code tu dihantar ke emel.
Cie ada terima kod pengesahan WhatsApp melalui e-mel dan aplikasi WhatsApp. Yang whatsapp tu Cie cancel. Yang emel tu Cie report.
Masa dia menekan-nekan mintak code tu Cie terus cakap bagi date dan tempat jela kalau nak jemput. Ni mesti scammer. Dia jawab mana ada scammer ok je ni katanya. Sampai ke sudah takde ye jemputan dia tu.
Kenapa Scammer Mahu Kod Pengesahan?
Kod pengesahan WhatsApp hanya digunakan untuk mengesahkan pemilik nombor telefon ketika log masuk ke akaun WhatsApp.
Jika kod ini diberikan kepada orang lain, mereka boleh:
- Mengaktifkan akaun WhatsApp kita pada telefon mereka.
- Mengambil alih akaun WhatsApp kita.
- Menyamar sebagai kita untuk menipu ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tanda-Tanda Penipuan
Antara petanda yang perlu diberi perhatian ialah:
- Menghubungi secara tiba-tiba selepas lama tidak berhubung.
- Meminta nombor telefon atas alasan mahu menghantar jemputan.
- Meminta kod pengesahan WhatsApp.
- Terus mendesak walaupun kita menolak atau memberi cadangan lain.
Apa Yang Cie Buat?
Cie tak bagi pun code tu walaupun diminta beberapa kali. Sebaliknya Cie cancel je proses pengesahan yang muncul di WhatsApp dan mengabaikan permintaan tersebut.
Syukurlah akaun WhatsApp Cie kekal selamat kerana kod pengesahan tidak pernah dikongsi.
Cara Melindungi Akaun WhatsApp
Untuk mengelakkan menjadi mangsa:
- Jangan sesekali berkongsi kod pengesahan WhatsApp dengan sesiapa.
- Aktifkan Pengesahan Dua Langkah (Two-Step Verification) dalam WhatsApp.
- Jika seseorang meminta kod pengesahan dengan apa juga alasan, anggap ia sebagai cubaan penipuan.
- Hubungi kenalan tersebut melalui saluran lain kerana ada kemungkinan akaun media sosial mereka telah digodam.
Scammer sentiasa mencari pelbagai alasan untuk mendapatkan kod pengesahan WhatsApp, termasuk menggunakan alasan mahu menghantar jemputan atau hadiah.
Ingat satu perkara penting:
Kod pengesahan WhatsApp hanya untuk anda sebagai pemilik akaun. WhatsApp atau rakan anda tidak akan meminta kod tersebut untuk menghantar jemputan.
Jika anda pernah menerima mesej seperti ini, jangan panik dan jangan sesekali berkongsi kod tersebut.
Semoga perkongsian pengalaman ini dapat membantu lebih ramai pengguna mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.



17 Ulasan
Good Sharing. Baru2 ni sy dpt kol katanya nak bagi free gift sbb dh byk shopping dkt shopee, lazada & tiktok shop. Dia sebut alamat rumah lama. Sy iye kan aje...Lps end call, sy blocked number tu.=D
BalasPadamKes ni Linda pernah Cite dalam blog dulu.. hihi . Memang dia ada bagi hadiah free masa tu. Lepas tu dia ajak masuk group pula ,buat itu ini..hahaha..
PadamBahayanya...kalo x pikir panjang boleh terjebak...Alhamdulillah nasib cepat terfikir tu scammer...
BalasPadamTq bagi peringatan.
BalasPadamBagus Cie share tentang benda ni. Akak tak tahu lagi. Macam² cara scammer sekarang.
BalasPadambahaya kan
BalasPadamTerima kasih Cie share .kita ni insyaAllah la waspada sikit.. bapak dekat rumah tu, alahai risau betul..dia dah la suka tekan² yang tak Pape.. banyak kali pesan dah, pun buat juga ..hahaha..nasib baik la takde apa² dalam telefon dia tu..tapi tulah..kdg² barang yang sama dia order sampai 4,5 kali..ðŸ¤ðŸ¤
BalasPadamHati-hati semua, kerana jari binasa masa zaman ni banyak penipuan..
BalasPadamNak kena berhati-hati ni. Macam-macam cara orang nak menipu. Ayat tu macam bahasa Indonesia ya ada akun, kode....
BalasPadammakin menjadi2 laa scammer sekarang ni...
BalasPadamsy mmg tak halalkan dunia akhirat mereka2 yg membocorkan data peribadi saya sama ada secara sengaja atau tak sengaja...
Macam2 cara sekarang ni.. terima kasih Cie berkongsi info..
BalasPadamBetuuuuul. Tak ada kepentingan code WA untuk orang lain, kecuali dia scammer yg nak ambil alih WA. Penipu skr nih memang Macam2. Makanya saya lgs delete dan block semua yg aneh2 dan suspicious
BalasPadamMacam2 cara scammer sekarang. Selalu pesan kat mak ayah jangan layan number tak kenal.
BalasPadamScammer gini pun ada ya.. adehhh... kita lah kena sentiasa alert.
BalasPadamscammer merata2 dan semakin agresif juga
BalasPadammacam-macam la scammer sekarang
BalasPadamThanks sharing Cie...bahaya sekarang ni...buat nyer x ingat terus tertekan kan...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.