Bosan dah kedai makan di Lipis sama je. Sekali sekala mencari sarapan vibes kampung sikit. Kedai ni masuk ke dalam kawasan kampung, tetap ramai orang juga yang datang. Memang jadi pilihan la kedai makan vibes menu klasik gitu.
Meja bawah pokok dah penuh. Duk bawah payung pun ok la. Sampai je kami terus duduk dan pelayan bagi kertas order. Mudah order macam ni kita just tanda sendiri nak order apa.
Kami order:
- Nasi lemak telur mata ayam goreng.
- Nasi lemak telur mata sambal paru.
- Mi kari.
- Roti bakar milo.
- Roti bakar garlic cheese.
- Kopi gonchang.
- Kopi o Kluang.
- Iced thai green tea.
- Iced thai tea.
Bab rasa ni subjektif kan. Bagi Cie sesuai je dengan tekak kami. Sambal nasi lemak just nice tak pedas. Adik Rania siap ambil nasi Cie sikit. Berselera dia makan. Katanya lapar. Takdela lambat pun makan baru 8 lebih masa tu.
Siap makan kami terus gerak. Bagi kat orang lain pulak nak makan situ. Ada yang sampai dulu dari kami pun tak siap-siap makan duk gelak-gelak berborak. Tempat yang crowded macam tu tak sesuai nak healing duduk-duduk makan dengan tenang. Nanti orang lain duk menunggu nak dapat tempat.
On the way balik tu nak la singgah kat Kampung Budu tempat tanam padi baru dibuka. Sampai sesat salah jalan. Takdela cantik sangat atau kami salah tempat. Malas la nak turun bergambar terus jela keluar semula. Jauh juga masuk ke dalam tu.
Sampai nak terkencing la singgah Masjid Benta. Ternampak ada seorang pakcik ni dari Indon nak ke Mekah naik basikal. Faiz borak la tanya macam-macam dan hulur sikit buat belanja. Katanya dah 2 bulan mengayuh tu. Nak hala ke Kelantan pulak. Semoga baik-baik jela sorang-sorang tu.



















6 Ulasan
amboiiii kedai makan dah mcm mini muzium pun ya ;-)
BalasPadamsedap pulak tengok roti bakar milo tu..hihii
BalasPadamTeruja pula bila nampak kopi butter dan kopi goncang dekat menu dia tu.. Bolehlah Sha tanda di Maps.. Manalah tahu terlajak ke sana, boleh singgah..
BalasPadamKedai beginiii yg saya sukaaaa 😍😍😍. Apalagi kalau menyediakan makanan lokal. Memang puas nak pilih2 . Trus saya sukaa Deko nya kak. Vintage sangat ❤️❤️❤️
BalasPadamCantik betul deco aesthetic kedai makan ni Cie. Tenang ja vibes dia dan paling penting bersih.. Makanan pun nampak sedap semuanya..
BalasPadamNIce la deko kedai ni. Dah macam museum pula, hehehe. Makanan pun nampak sedap.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.