Ikan Patin Tumis Tempoyak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 24 October 2020

Ikan Patin Tumis Tempoyak

 RESEPI IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Bagi orang Kuala Lipis macam Cie kan kalau ikan patin ni dah biasa sangat sebenarnya. Harganya pun biasa je sekitar RM15-17 sekilo. Ikan patin ni dibela di dalam sangkar di sungai atau kolam sebab itu harganya tidak la mahal sangat. Berbanding dengan ikan patin sungai yang boleh mencecah ratusan ringgit.

Ikan patin sangkar pun kalau kena dengan gayanya sedap sangat tau. Masak tempoyak la terutamanya. Tapi goreng letak kunyit dan garam pun sedap jugak. Banyak sebenarnya yang boleh dimasak seperti ikan patin masak tempoyak (kalau orang Lipis panggil gulai masam), ikan patin goreng berlada, ikan patin asam pedas, ikan patin gulai lemak dan banyak lagi la boleh dibuat.

So kali ni Cie nak share resepi untuk masak IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK. Senang sangat nak membuatnya.

BAHAN-BAHAN IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK

Ikan Patin Tumis Tempoyak


Bahan untuk masak Ikan Patin Tumis Tempoyak ni tersangat la senang dan mudah je. Bahan apa yang ada saja kita gunakan.

Ikan Patin 
Tempoyak
Bawang Besar
Bawang Putih
Kunyit Hidup
Cili Padi
Daun Kesum
Perencah Maggi Cukup Rasa
Serbuk Kunyit (standby je incase tak ukup kuning baru letak)
Minyak Masak
Sedikit Air

Cie punya bahan-bahan tiada sukatan. Cie agak-agak je secukup rasa semuanya. Cili padi tu seketul asal ada je sebab anak-anak tak makan pedas.Buat syarat jela letak sebiji tu.

Nampak tak bahan mudah je apa yang ada je. Kalau ada bunga kantan pun boleh letak, kalau ada belimbing buluh pun boleh letak. Letak je apa korang nak letak. Nak letak terung bulat atau terung pipit pun boleh. Nak letak tomato pun boleh. Hahhh letak je kita yang nak makan kan.

Nak masak pun alahai senang sangat. Konsep menu untuk orang kurang rajin dan nak cepat sesuai sangat la masak ni. 

CARA MASAK IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Mula-mula sekali tumbuk la bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi agak-agak jela jangan sampur hancur pulak. Kasar-kasar macam ni pun boleh je. Kalau ka hancur pun boleh je kita yang buat dia kan.

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Lupa pulak snap gambar masukkan minyak ke dalam kuali tu. Korang agak-agak jela minyak tu nak letak banyak mana just untuk layukan bahan tumbuk je. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga layu atau garing sedikit.

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Lepas dah macam garing ke layu ke boleh dah masukkan tempoyak. Kalau nak lebih letak lebih.Cie letak sesudu besar je untuk 1 ekor ikan patin. Lepas tu kacau kejap je. Dalam 5-6 saat je.

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Masukkan air. Ni pun tak perlu banyak la. Dalam 2-3 cawan kot.Ikutla kalau nak kuah banyak boleh letak banyak.

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Selepas dah mendidih kuah masukkan terus perencah maggi cukup rasa dan daun kesum. Ada sesetengah orang tak suka daun kesum. Cie suka sangat memang makan daun tu tak kira masak apa pun. Oleh kerana warnanya dah cantik kuning tu jadi tak perlu dah masukkan serbuk kunyit. Just nice dah warnanya.

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Dah nama pun Ikan Patin Tumis Tempoyak kan so kena masukkan ikan patin. Selain dari patin boleh ke ikan lain? Apa tak boleh pulak. Ikan Talapia, Ikan Siakap, Ikan Kerisi, Ikan Bawal, Ikan Baung dan segala jenis ikan la. Ayam pun boleh tau. Jangan buaya sudah. Hahahah

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Bila dah masuk ikan tu jangan dikacau nanti hancur. Biarkan je.Dah agak-agak masak nanti terbalikkan je sebelah lagi.

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Sebelah dah masak kita terbalikkan sebelah lagi dan biarkan masak dulu lepas tu siap dah. Sambil-sambil tu korang rasa la. Kalau semu dah ok boleh la hidangkan dalam pinggan.

Ikan Patin Tumis Tempoyak

Beginilah kejadiannya selepas siap dimasak. Siapa kata perempuan cantik tak pandai masak? Hahahaha.

Korang cuba la memang senang je nak buat dan rasanya sedap. Kuah tu boleh makan dengan roti, lempeng, cakoi dan apa-apa jela. Kalau korang tak makan patin tukar la ikan lain. Macam-macam ikan boleh guna. 


No comments:

Post a Comment