Monday, 26 October 2020

Minum Petang Di The Black Bowl

 THE BLACK BOWL KUALA LIPIS

Minum Petang Di The Black Bowl

Banyak betul entry terperam tak berkesempatan nak bercerita. Busy mengalahkan Perdana Menteri. Hahaha. InsyaAllah lepas ni nak konsisten update setiap hari. Semoga dikurniakan masa yang banyak. Hihihi.

Ni kejadian bulan berapa pun entahla. Girls day out bertiga beranak je pergi minum petang kat THE BLACK BOWL KUALA LIPIS. Sebenarnya nak cuba bingsu tu je. Orang lain dah lama makan bingsu kita baru la nak mencuba.

Ni la bingsu. Cie mintak bingsu honey dew. Best manis je.


Kakak bercahaya. Hahaha

Amboi adik 

Girls day out



all time favourite manggo 

bingsu ni share je 3 orang makan habis licin. hahaha. lupa pulak snap gambar yang dah licin

Jenuh nak habiskan bila tengok selambak ni kan tapi kami mampu habiskan. hahaha

burger kambing untuk ibu

chicken cop untuk anak-anak


Chicken cop dan burger kambing tu tak habis so bungkus jela bawak balik. Mana nak habis dah terlajak kekenyangan. 1 biji kot honey dew tu mana la tak full perut kan. Kalau sumbat jugak mau pengsan. Hahaha.

Banyak lagi menu kat The Black Bowl tu korang boleh tengok mereka punya facebook The Black Bowl. Sebenarnya dah beberapa kali makan kat sini. Kali pertama dulu makan awal tahun rasanya. 

Bila tulis entry ni mula la macam nak makan lagi bingsu tu. Hahaha. Terpengaruh dengan gambar sendiri. Insya Allah ada masa ad rezeki boleh la pergi lagi. Nak belanja anak-anak tunggu bonus Shaklee bulan depan lambat lagi. Hihihi

0 blogger-facebook:

Post a comment