Salam Israk Mikraj 1442H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 11 March 2021

Salam Israk Mikraj 1442H

ISRA' MIKRAJ

ISRA' MIKRAJ


ISRA' DAN MIKRAJ terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda. Ianya merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Tarikh ini bersamaan dengan 622 Masihi iaitu ketika Nabi Muhammad berusia 52 tahun. Setahun sebelum hijrah dari Makkah ke Madinah. 

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

BOLEH BACA DISINI : ISRAK DAN MIKRAJ


1 comment: