Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan 1442H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 2 May 2021

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan 1442H

 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan 1442H

BILA TARIKH BERLAKUNYA MALAM LAILATUL QADAR?

Secara umumnya tiada sesiapa pun yang mengetahui bilakah waktu sebenar malam Lailatul Qadar. Namun terdapat hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada malam 10 terakhir Ramadhan melebihi daripada malam-malam sebelumnya.

Hikmah waktu sebenar malam Lailatul Qadar juga dirahsiakan agar umat Islam sentiasa beristiqamah melakukan ibadah di sepanjang malam khususnya di 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Bahkan antara kelebihan utama malam tersebut sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah "Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan" (Surah al-Qadr: 3).

AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN

Berdoa untuk mohon keampunan dari Allah

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
"Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku."

Solat Sunat, Baca Al-Quran, Zikir

Banyakkan amalan solat sunat seperti solat tahajud, solat taubat, solat tasbih, solat witir. Banyakkan juga berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat, jangan la berdoa sesuatu yang buruk. Amalan zikir juga boleh diperbanyakkan. Banyakkan berselawat.

Baca Ayat Al-Quran

Bacalah walaupun sepotong ayat Al-Quran sebelum tidur, kerana jika kebetulan dengan malam Lailatul Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam Al-Quran pada malam-malam lain. Sebaiknya bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali sebelum tidur.

Bersedekah

Banyakkan bersedekah di bulan Ramadhan.

Perempuan Berhadas Besar

Jangan risau bagi perempuan yang berhadas besar (dalam keadaan datang haid) masih boleh mengamalkan bacaan zikir.

TANDA-TANDA MALAM AL-QADR

Suasana Pagi Yang Tenang

Salah satu tanda Lailatul Qadar adalah, pada keesokan paginya adalah suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.

Matahari Yang Cerah Namun Tidak Terasa Bahangnya

Selain itu, pancaran matahari pada keesokan paginya yang bersinar cerah namun tidak terasa terik akan bahangnya.

Pada Malam Tersebut Udara Yang Begitu Tenang

Sesetengah ulama menggambarkan pada malam berlakunya Lailatul Qadar, suasana pada malam tersebut akan tenang sekali, udaranya yang tidak terlalu panas atau sejuk. Binatang-binatang dan serangga tidak berbunyi seperti biasa dan keadaan langit yang tidak berawan.



Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan 1441H
Credit Pic: Ihsan Google


Semoga kita diberi peluang untuk bertemu malam Lailatul Qadar yang mana 10 malam terakhir Ramadhan ni adalah merupakan malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

2 comments: