NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY
Actually ni kali kedua dah makan di NASI LEMAK ABANG STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS. Kalau dah repeat ni bermakna kena la dengan selera kan. Hihihi. Yang istimewanya nasi lemak ni adalah sambal strawberry nya yang tidak terdapat di tempat lain selain di Cameron Highlands. Tu yang unik dan membezakan Nasi Lemak Strawberry ni dengan nasi lemak biasa.
Nak tau macam mana rasanya korang kena try dulu baru tau.Ok la takdela rasa pelik walaupun sambal strawberry kan. Inovasi menarik la. Kalau ikutkan kita tak terfikir pun nak buat sambal buah strawberry kan. Kita biasa makan cicah coklat atau makan kosong camtu je. Bila dah dijadikan sambal sedap jugak.
Kalau korang berkunjung ke Cameron Highlands make sure korang kena luangkan masa untuk merasai sendiri keenakkan makanan di sini. Selain dari Nasi Lemak Strawberry ni ada juga menu lain yang disediakan.
Bila korang sampai je nanti staf kat situ akan bagi kertas dan pensil untuk korang buat pilihan order. Lepas tu bila dah siap boleh beratur kat kaunter untuk bayaran.Selepas itu nanti staf mereka akan hantar pesanan ke meja kita.
|
sementara tunggu babah beratur untuk bayar kita posing la dulu ye anak-anak |
|
entahla kenapa kakak takde mood. hihi |
|
ni babah dah siap beratur dan buat bayaran. tunggu makanan sampai kat meja jela |
|
baru muka happy makanan dah sampai |
|
adik pun muka happy dapat makanan dah |
|
air kami 4 orang |
|
ni babah punya ibu suruh order yang lain dapat la rasa semua kan |
|
pancake ni kakak nak. habis licin 2 beradik tu makan lepas pekena nasi lemak |
|
dah siap makan kenyang-kenyang boleh la pose kat depan pintu masuk |
|
sebesar-besar signage tu korang akan nampak kalau sampai ke situ |
Done breakfast merangkap lunch kat situ lepas check out dari Kea Garden Guest House. Next entry nanti baru story pasal hotel pulak. Nak siapkan entry ni pun bercintun. Hahahah
No comments:
Post a Comment