Sunday, 13 June 2021

Resepi Kerabu Daun Selom

 KERABU DAUN SELOM

Resepi Kerabu Daun Selom

Kerabu Daun Selom ni antara favourite Cie. Apa-apa jenis kerabu la memang Cie suka. Dulu pernah buat Kerabu Telur Masin Dan Daun Selom. Kali ni nak share resepi Kerabu Daun Selom je.

RESEPI KERABU DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN KERABU DAUN SELOM

Daun Selom
Bawang Besar
Ikan Bilis
Sedikit Lada Hitam

CARA MEMBUAT KERABU DAUN SELOM

  1. Potong daun selum halus-halus. Guna gunting je senang.
  2. Potong dadu bawang besar.
  3. Tumbuk ikan bilis (tak perlu lumat sangat sedang-sedang saja). Lada hitam pun tumbuk juga.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. 
  5. Siap.
Tak perlu garam dah sebab ikan bilis tu dah masin. Lada hitam tu kalau taknak letak pun takpe boleh ganti dengan cili padi. Cie belajar buat Kerabu Daun Selom ni dari mertua masa pantang dulu mak mertua pernah buatkan. Mertua ada letak kerisik rasanya ke kelapa parut tak ingat dah.

Senang je nak buat. Ratah gitu saja pun sedap je. Letak ikan bilis banyak-banyak. 

0 blogger-facebook:

Post a Comment