Tuesday, 15 June 2021

Resepi Mudah Congo Bars

 CONGO BARS

Resepi Mudah Congo Bars

Sebenarnya lama sangat dah Cie ni plan nak buat Congo Bars. Teringin nak makan tapi nak makan yang buatan sendiri tu yang dah kemain lama baru minggu lepas la berkesempatan nak buat. Bahan-bahan nak buat Congo Bars tersangat la senang dan nak buat pun senang je cuma antara rajin atau malas je. Hihihi.

Maka ku gagahkan diri la buat jugak memandangkan bahan-bahan ada je kat rumah. Try la google resepi dan olah sendiri ikut bahan apa yang ada kat rumah ni. Bila google macam-macam resepi keluar. Kena berani mencuba jela.

Congo Bars ni lebih kurang Brownies jugak cuma Congo Bars ni dia tak guna coklat masakan yang dicairkan tapi menggunakan coklat seketul-ketul dicampur bersama adunan. Teksturnya lebih kurang je.

BAHAN-BAHAN NAK BUAT CONGO BARS

150 gm Marjerin (Cie guna brand Adella. Butter keras masa nak buat tu yang malas nak tunggu)
250 gm Gula Perang (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat dalam 230 gm)
3 biji Telur (Cie guna Gred B)
1 sudu kecil Esen Vanilla
315 gm Tepung Naik Sendiri (boleh juga guna 315 gm Tepung Gandum + 3 sudu kecil Baking Powder)
1 mangkuk Coklat Masakan (potong dadu kecil)
Sedikit Chip Chocolate (untuk hiasan)

CARA MEMBUAT CONGO BARS

Mula-mula korang timbang la dulu semua bahan-bahan tu supaya senang proses nak membuat Congo Bars ni.

Resepi Mudah Congo Bars
Masukkan Marjerin dan Gula Perang ke dalam mixer bowl


Resepi Mudah Congo Bars
Ni la coklat masakan yang dipotong kecil-kecil. Sebenarnya boleh guna chocolate coin tu tapi disebabkan kat rumah ada coklat masakan je pun boleh je


Resepi Mudah Congo Bars
Ni tepung naik sendiri yang dah digaul dengan coklat masakan tadi


Resepi Mudah Congo Bars
Ni pulak telur yang dicampur dengan Esen Vanilla


Resepi Mudah Congo Bars
Coklat chip ni untuk hiasan dan boleh jugak gaul sekali dalam adunan nanti

Resepi Mudah Congo Bars
Mula-mula korang pukul gula perang dan marjerin kelajuan biasa-biasa je


Resepi Mudah Congo Bars
lebih kurang begini la kejadiannya agak-agak sebati je dalam 3-4 minit je


Resepi Mudah Congo Bars
kemudian masukkan telur tadi satu kemudian pukul, lepas tu masuk lagi pukul sampai la habis 3 biji


Resepi Mudah Congo Bars
siap sebati lepas masuk telur tadi akan jadi macam ni


Resepi Mudah Congo Bars
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul guna spatula je tak perlu pakai mixer dah


Resepi Mudah Congo Bars
bila dah gaul sebati tepung tadi akan jadi macam ni so siap la dah


Resepi Mudah Congo Bars
masukkan dalam loyang dan ratakan. size loyang tak sure pulak tapi kiranya macam besar jugak macam 8x8 kot, kalau tak pun 10x10


Resepi Mudah Congo Bars
untuk hiasan atas tu tabur la cip coklat ikut suka banyak mana pun. kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 30-35 minit mengikut oven masing-masing. nanti bila dah berbunyi oven tu cucuk la dulu kalau dah tak melekat kat pisau petanda dah masak


Resepi Mudah Congo Bars
Alhamdulillah siap dah. Menjadi 


Resepi Mudah Congo Bars
Elok jugak kejadiannya 


Resepi Mudah Congo Bars
Setelah dipotong kalau makan panas-panas coklat tu cair lagi memang sedap la. Melting je.

Siap dah dapat sebiji Congo Bars yang sedap. Next nak repeat lagi la buat. Anak-anak dan suami suka sangat makan. Bawak ke office bagi staff dan bos sikit merasa. Memang sedap dan menjadi guna resepi ni.

4 comments: