Aktiviti Hujung Minggu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 19 September 2021

Aktiviti Hujung Minggu

 AKTIVITI HUJUNG MINGGU | 19 SEPTEMBER 2021

Aktiviti Hujung Minggu

Hari ni memang full dengan aktiviti hujung minggu. Menikmati hujung minggu dengan sebaiknya sebelum Monday Blues menjelma. Hahaha. Lagi bertambah liat nak kerja sebab dah cuti lama. Cie cuti sejak 16 September Hari Malaysia Khamis terus sambung cuti Jumaat. 4 hari cuti.

So pagi ni awal pagi Cie sediakan breakfast Spageti Bolognese. Lama dah nak makan tak terbuat je lagi bahan semua ada je. Masa beli pizza kat Pizza Hut nak order spageti katanya belum masak. Padahal masa tu dah petang. Taktau la mereka start jual pukul berapa. Dalam menu ada je.

Buat sendiri jela puas hati makan. Kedai area Lipis ni ada je jual rm belas ringgit jugak la sepinggan. Buat sendiri save sikit kos tak sampai rm20 pun 1 family boleh makan. Spageti Cie guna brand kimball murah je. Sos pasta pulak Cie beli brand Adabi pun sama murah je. Letak isi ayam, bebola daging dah siap. Sayur-sayur tak letak pun anak-anak tak makan.

Lepas siap masak breakfast terus keluar morning walk dengan anak-anak dan suami. Jalan ke playground. Anak-anak main buai. Pagi takde orang main playground. Ibu duk pusing court dewan je dapat la banyak langkah jugak. Dah bosan pusing court, naik bukit pulak. Area rumah Cie ni berbukit so best la boleh naik atas bukit paling tinggi kat area tangki air tu nampak la taman perumahan.

aktiviti hujung minggu
ok la jugak ni dapat banyak steps asalkan keluar peluh terbakar la jugak kalori


Balik dari morning walk duk iron baju kerja pulak untuk seminggu. Lepas dah settle baru la breakfast kat porch. Bentang tikar makan anak-beranak. Nak picnic kat pantai takde pantai kita picnic kat porch jela. Best jugak makan-makan kat luar rumah.

aktiviti hujung minggu
takdela meriah pun menu. Spageti Bolognese dan keropok je


Pertama kali jugak makan kat porch ni. Sebelum ni tak pernah pun. Saja hari ni family time santai-santai dengan anak-anak dan suami. Weekend jela boleh buat aktiviti sama-sama.Kalau weekdays dah busy bekerja.

Siap sarapan terus bercucuk tanam pulak. Lama sangat dah tak bercucuk tanam. Pasu banyak dah kosong tinggal tanah je dah. Semalam pergi beli barang dapur terus beli benih bayam dan sawi putih. Selalunya bayam jela yang menjadi. Sayur lain hancus tak menjadi. Cili, limau kasturi, daun kari, serai, daun kunyit elok menjadi. Tanam sikit-sikit untuk guna masak. Kadang-kadang nak guna sikit je. Yang jual selalunya kuantiti banyak jadi bazir je kering dalam peti.

Kejap je bercucuk tanam. Masuk dapur kelentung kelentang la siapkan stok bawang goreng dan sambal penyet. Bawang goreng Cie memang suka buat sendiri lebih sedap dari yang beli tu. Sambal penyet memang buat stok la senang nak makan. Tahan lama kalau masak lama tak perlu simpan peti.

homemade bawang goreng
homemade bawang goreng

sambal penyet
sambal penyet

Masak menu lunch pun simple je. Berejam jugak la duk dapur siapkan bawang goreng dan sambal penyet sambil masak lunch. Macam ni la bila ibu bekerjaya ni. Hujung minggu kalau boleh semua benda nak buat. Hari bekerja tak sempat. Bila masuk je hujung minggu penuh list aktiviti.

aktiviti hujung minggu
tomyam campur, tempe goreng celop tepung, ikan goreng celop tepung, sambal penyet, ulam timun

Alhamdulillah untuk sepanjang hari ni. Rezeki dapat luangkan masa bersama keluarga kecilku. Bukan rutin jugak la. Selalunya setiap minggu aktiviti berbeza. Ikut keadaan semasa la jugak.

No comments:

Post a Comment