Monday, 20 September 2021

Surprise Birthday Syafiyah Raisha

 SYAFIYAH RAISHA TURNS NINE YEARS OLD | 12 SEPTEMBER 2012

Surprise Birthday Syafiyah Raisha


Surprise birthday Syafiyah Raisha ni actually ibu plan dah lama. Sebelum ni tak pernah pun lagi buat surprise. Takdela surprise gempak sangat biasa-biasa je.

Ibu beli hadiah kat The Prayer Mat bulan lepas. Masa tu belikan hadiah anniversary untuk babah mereka so terus la terfikir nanti mesti sibuk nak jugak hadiah tu. Bila tengok kat TPM tu ada mini sejadah terus la klik untuk anak-anak. Memang kena beli 2 tak boleh 1 je nanti ada yang merajuk. 

Selain dari sejadah tu ibu bagi jugak Nutriferon Shaklee sebab anak-anak memang makan Nutriferon tu so hadiahkan jela untuk mereka. Takdela nampak kosong sangat paper bag tu. Nutriferon ni memang bagus untuk kesihatan anak-anak terutama untuk kuatkan sistem imun mereka so penting la untuk hadiahkan mereka suplemen jugak.

sejadah mini mekah
hadiah untuk adik - sumber gambar website TPM

sejadah mini mekah
hadiah untuk kakak - sumber gambar website TPM


Sejadah tu ibu sorok dalam SOHO. Letak dalam kotak so mereka tak perasan la. Masa nak packing tu pulak memang tutup pintu. Yela musim PKP ni memang sentiasa ada kat rumah jela memang payah nak packing.

10 September 2021 ibu whatsapp babah bagitau yang ibu nak surprise kakak. Hadiah dah ada babah cuma kena beli belon jela. Belon pun kena beli 2 tau. Memang 2 beradik ni dah macam kembar. So babahnya beli la belon sorok dalam kereta. Dah malam masa anak-anak mandi baru babah cepat-cepat bawak masuk sorok tepi washing machine baru anak-anak tak perasan.

Malam ibu ada kelas dengan team ibu so memang duduk dalam SOHO jela. Lepas je kelas terus ibu packing hadiah takde bungkus ke apa dah just letak dalam paper bag je dapat masa beli sejadah tu. Masa ibu tengah packing tu anak-anak dah bising kat luar suruh ibu bukak pintu.

Ibu nak surprise dalam bilik anak-anak. Tapi nak set up bilik pun cabaran jugak sebab rumah kecik je buat apa mesti nampak.Terus whatsapp babah suruh ajak anak-anak duduk kat bilik utama so senang la ibu nak set up dalam bilik tu.

Tu pun jenuh la nak suruh anak-anak masuk bilik. Cepat-cepat je ibu lari bawak masuk belon, bawak masuk hadiah kat dalam bilik anak-anak. Fuhhh dah macam marathon. Kena cepat sebab takut anak-anak keluar nanti kantoi la kan.

Settle dah set up semua tu. Terus la suruh anak-anak simpan baju dalam bilik. Macam-macam alasan la katanya esok jela, itu la ini la. Ibu paksa jugak ibu kata simpan baju ibu nak kemas rumah. Anak-anak pun ikut jela.

Bila kakak buka lampu bilik je terus si adik yang terkejut. Hahaha. Dia pun dapat jugak hadiah seronok la. Ibu saja buat nak happy kan anak-anak. Lama tak ke mana-mana sejak PKP ni banyak duduk rumah. Tu yang kena buat something untuk gembirakan anak-anak.

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
hadiah untuk adik pun ada

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
hadiah untuk kakak

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
gigih ibu set up cepat-cepat

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
hadiah kegembiraan untuk anak-anak


Ibu ada jugak share video surprise kat Youtbue Channel ibu boleh la tengok ye Surpise Birthday Kakak Raisha.

12 September 2021

Hadiah dah bagi, kena jugak buat makan-makan untuk gembirakan anak-anak. Ibu ni selagi boleh memang sentiasa nak gembirakan anak-anak. Sementara masih ada nyawa selagi terdaya kita cuba la. Bukan keluar kos yang banyak pun. Yang penting mereka gembira. Makan-makan family je.

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
Ni je gambar yang elok. Lain semua hampeh. Hahaha

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
Kek Chocolate Indulgence, Pizza, Ais Blended

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
Kek tu sekali untuk anniversary ibu babah 2 September

Surprise Birthday Syafiyah Raisha
Adik nak hadiahkan kakak dia buku. Ibu belikan la lepaskan hajat dia.


1 comment:

  1. Selamat hari lahir, Raisha. Cantik tema belonnya meriahkan sambutan
    Saya follow ya :D

    ReplyDelete