Resepi Talam Western Ringkas - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 10 October 2021

Resepi Talam Western Ringkas

 TALAM WESTERN | RESEPI HOMEMADE

Resepi Talam Western Ringkas

Planning nak masak Talam Western ni dari minggu lepas lagi kami tak berkesempatan busy dengan macam-macam urusan. Weekend pun off kitchen je memanjang. Semalam rasa macam free sikit dan sempat la nak masak terus siapkan bahan untuk dinner jela.

Resepi Talam Western ni hentam je ikut citarasa sendiri je. Nak buat pun senang je takdela rumit sangat kan. Kalau google resepi macam-macam ada. Kita ni buat ikut bahan apa yang ada di rumah saja. Cie memang jenis simple je kalau masak. Apa yang ada boleh je letak. Kita yang buat dia kan. 

So jom Cie share RESEPI TALAM WESTERN yang sangat ringkas untuk disediakan tapi sedap dimakan seisi keluarga. Bahan-bahan memang tak reti nak sukat so korang agak-agak jela ye kalau nak pakai resepi ni.

RESEPI SOS BLACKPEPPER MUSHROOM

RESEPI SOS BLACKPEPPER MUSHROOM

BAHAN-BAHAN SOS BLACKPEPPER MUSHROOM

Bawang putih cincang
Bawang besar cincang
Cendawan butang hiris
Serbuk lada hitam
Susu UHT dan sedikit air
Bancuhan tepung gandum untuk pekatkan kuah dalam 2-3 sudu tengok sebanyak mana air/susu
Perencah maggi cukup rasa (guna garam pun boleh je)
Sedikit marjerin untuk menumis
Sedikit mix herb (tak letak pun takpe je)
Sedikit kicap untuk berikan warna hitam (resepi sempoi guna kicap je)

CARA MEMBUAT SOS BLACKPEPPER MUSHROOM

  1. Panaskan marjerin kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
  2. Masukkan susu dan sedikit air, cendawan butang, serbuk lada sulah, perencah maggi cukup rasa, kicap dan biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan bancuhan air tepung gandum untuk pekatkan kuah. Ni korang agak-agak jela ye. Kalau korang biasa guna tepung jagung pun boleh je untuk pekatkan kuah tapi kalau western food memang guna roux (marjerin + tepung gandum).
  4. Agak-agak kuah dah pekat tu taburkan je mix herb lepas tu dah siap.

RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

BAHAN-BAHAN AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

1/2 ekor ayam potong 2 (suruh kedai ayam potong siap-siap)
Sos blackpepper mushroom secukupnya
Mix herb

CARA MEMBUAT AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

  1. Perap ayam dengan sos blackpepper mushroom rata-rata selama lebih kurang 1 jam nak bagi betul-betul sebati.
  2. Bakar dalam Air Fryer atau oven sehingga masak. Cie guna Air Fryer dengan suhu 160c selama 20 minit untuk bahagian belakang ayam. Lepas dah bunyi ting tu buka AF kemudian terbalikkan sebelah atas ayam pulak. Tabur sikit mix herb dan sos sikit lagi. Bakar lagi guna suhu 170c selama 15 minit pulak. Just nice la tekstur ayam tu. 
  3. Lepas tu dah siap untuk dimakan.

RESEPI MACARONI CHEESE

RESEPI MACARONI CHEESE


BAHAN-BAHAN MACARONI CHEESE

Macaroni
Air
Cheese keping (chesdale)
Perencah maggi cukup rasa
Susu UHT
Bancuhan air tepung gandum (sama juga dengan sos blackpepper mushroom)
Mix herb
Serbuk kunyit sikit je untuk nampak warna kuning sikit (tak letak pun takpe. saja nak bagi ala-ala mac and cheese kenny rogers tu)

CARA MEMBUAT MACARONI CHEESE

  1. Rebus macaroni sehingga masak. Letakkan sedikit minyak supaya ianya tidak melekat.
  2. Toskan air selepas direbus.
  3. Masukkan susu dan cheese. Kacau cheese sehingga cair, kemudian masukkan perencah maggi cukup rasa dan bancuhan tepung gandum. Kacau dan masukkan macaroni. Taburkan sedikit serbuk kunyit untuk nampak kekuningan.
  4. Taburkan sedikit mix herb. Siap dah.

RESEPI COLESLAW

RESEPI COLESLAW

BAHAN-BAHAN COLESLAW

Kobis bulat hiris nipis-nipis (guna kobis bulat cina tu dia manis sikit)
Carrot sagat halus
Mayonis
Serbuk lada sulah

CARA MEMBUAT COLESLAW

Gaulkan je semua bahan hingga sebati. Dah siap.


Resepi Talam Western Ringkas

Kentang goreng tu korang beli yang frozen tu tinggal nak goreng je. Kalau rajin nak buat sendiri buat la. hahaha. Siap dah CARA MEMBUAT TALAM WESTERN RINGKAS menggunakan bahan apa yang ada di rumah je. Simple dan mudah nak disediakan. Selamat mencuba.


5 comments:

  1. waa...nampak menyelerakan...tapi tak rajinnyaaa

    ReplyDelete
  2. sedap sgt ni. now kan trend jual western talam gini, kan.
    beraneka. seisi keluarga boleh makan setalam.
    makan rebut-rebut. makan ramai-ramai :)
    anak-anak aida kalau memilih talam mana, confirm talam yg ada ramen hi hi hi...

    ReplyDelete