Kedai Western Kuala Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 27 November 2021

Kedai Western Kuala Lipis

 MK Western Station Kuala Lipis

Kedai Western Kuala Lipis



Hari Khamis dah babahnya ajak makan kat MK WESTERN STATION tu tapi sebab ibu dah plan nak masak so tak jadi la. Ibu kata Jumaat jela. Hari Jumaat memang hari malas ibu nak masak dinner. Hahaha.

Lepas Isyak malam tadi kami keluar makan. Dekat je dengan rumah tak sampai 5 minit la naik kereta tu.

Kedai western ni antara kedai western di Kuala Lipis yang kena dengan tekak ibu. Banyak dah try kedai lain tetap kedai ni sedap. Harga pun berpatutan. Service cepat sebab selalu kami datang tak ramai pun orang makan.

Kedai Western Kuala Lipis
kedainya cantik

Kedai Western Kuala Lipis
kalau jenis suka bergambar tu memang banyak port. orang pun tak ramai

Kedai Western Kuala Lipis
ibu dan adik

Kedai Western Kuala Lipis
lupa bawak getah rambut jadi serabai sikit rambut

Kedai Western Kuala Lipis
kakak malas nak layan ibu

Kedai Western Kuala Lipis
air tembikai ais, hot lemon tea, orange juice. kena mintak ais sejuk pulak sebab air tembikai tu manis

Kedai Western Kuala Lipis
bbq chicken sedap jugak

Kedai Western Kuala Lipis
spageti carbonara chicken ni adik punya memang tersangat sedap dan creamy je

Kedai Western Kuala Lipis
chicken chop kakak tak terhabis makan kena bungkus

Kedai Western Kuala Lipis
ni apa entah namanya babah punya. ingatkan sorang makan rupanya pinggan besar gedabak tak terhabis makan banyak sangat. ada spageti bolognese, fried, sotong, udang, fish fillet, coleslaw, mayonis. memang puas hati la kalau order yang ni

Kedai Western Kuala Lipis
ni rupa kedai tu waktu malam. 


Kedai MK Western Station ni terletak di Batu 2 Kuala Lipis berdepan dengan Pasar Mini Ria. Senang je nak cari kedai tepi jalan sebelah car wash.

Kalau datang Kuala Lipis nak makan western datang la kat sini harga berpatutan dan rasanya memang sedap.

No comments:

Post a Comment