Selamat Hari Kebangsaan ke 65 - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 2 September 2022

Selamat Hari Kebangsaan ke 65

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 

YANG KE 65 

Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Alhamdulillah selepas 2 tahun berperang dengan Covid dan tak boleh berkumpul untuk sambutan Hari Kebangsaan Malaysia akhirnya 31 Ogos 2022 kita kembali dapat menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh kemeriahan.

Cie berkesempatan juga bawak anak-anak untuk merasai sendiri kemeriahan sambutan di Dataran Orang Kaya Haji Kuala Lipis Pahang pada 31 Ogos 2022 yang lepas.

Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Tak banyak ambil gambar cuma banyak record story kat IG je. Memang meriah dan sangat ramai orang. Yela kan dah 2 tahun takde sambutan. Bila dah boleh sambut ni masing-masing taknak lepaskan peluang tengok sendiri depan mata.

Anak-anak pun memang teruja. Pernah la bawak mereka pergi tengok tapi masa tu tak tengok dari mula. Kali ni dapat tengok perarakan kereta berhias, perarakan perbarisan, persembahan dan macam-macam ada.

Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Selamat Hari Kebangsaan ke 65


Selamat Hari Kebangsaan ke 65

Dari anak-anak kecil dah memang kena dedahkan dengan semangat kemerdekaan dan cintakan negara.

Pada 29 Ogos 2022 sekolah KAFA anak-anak pun ada menganjurkan pertandingan sempena kemerdekaan. Anak-anak masuk pertandingan hiasan Replika Merdeka menggunakan bahan kitar semula dan basikal berhias.

Ibu dan babah la bertungkus lumus siapkan dan anak-anak bantu sikit-sikit. Ibu hantar nama untuk penyertaan pun sehari sebelum tarikh tutup penyertaan. Beli bahan hiasan pun last minute. 

Ibu hiaskan basikal, babah buatkan replika. Barang hiasan basikal tu beli kat shopee pun last minute order nasib baik sampai awal. Masa hari pertandingan, peserta basikal berhias kena bawa basikal berarak sekeliling sekolah.

Replika merdeka tu banyak guna bahan Shaklee je. Tapak guna kotak Shaklee. Bangunan KLCC tu guna tong ESP dan tong Performance Drink cuma balut je dengan pembalut. Ada guna bekas ink, polistrin, straw. Masa pertandingan kakak kena terangkan setaip satu bahan yang digunakan.

Alhamdulillah rezeki anak-anak. Kakak menang Replika Merdeka dan adik menang Basikal Berhias. Tak sia-sia la bertungkus lumus. Hihihi

basikal berhias merdeka


basikal berhias merdeka


basikal berhias merdeka
adik bersama hadiah yang dimenangi


replika merdeka


replika merdeka


Bagi anak-anak rasa keseronokan menyertai pertandingan dan pupuk keberanian anak-anak. Ada juga acara pakai beragam, mencipta buku skrap. 


No comments:

Post a Comment