RANIA TURNS 9
6 Februari 2014 jam 8.44am lahir puteri kedua ibu seberat 2.7kg secara normal di Dewan Bersalin Hospital Kuala Lipis. 6 Februari 2023 genap la 9 tahun usia Syafiyah Rania. Dah hampir sebulan baru la ibu sempat nak share sini. Hihi
Cepatnya masa berlalu dah 9 tahun usia adik. Tak sedar je masa berlalu sangat pantas. Dah darjah 3 dah anak kecik ibu ni.
Masa mengandungkan adik dulu alahan tak seteruk masa mengandung kakak. Ibu ingatkan adik boy. Hihi. Rupanya girl jugak. Ok la bila dah besar sama besar je 2 beradik. Ke mana-mana berjalan mesti orang tanya kembar ke.
Sekarang adik lagi besar dari kakak. Dia potong dah size kakak dia. Selalu pun gitu la kan kakak sulung kecil je. Adik lagi besar.
Karakter pun sangat berbeza 2 beradik ni. Adik agak kasar sikit tapi ada la sifat manja-manja tu. Walaupun dah 9 tahun ada masa cakap pelat lagi dengan ibu. Ibu pun saja layankan. Hahaha.
Birthday adik tahun ni sambut awal sikit dah alang-alang weekend cuti. 6 Februari jatuh hari Isnin. Kita sambut awal hari Sabtu lepas ibu balik dari ambil
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Adik request nak makan kat Secret Recipe so on jela dah lama juga tak makan kat situ sejak dah tukar tempat ni. Dulu kedainya dekat je dengan rumah.
|
Kalau kek bercheese ni kek ibu la. Hihi |
|
All the time favourite anak-anak |
|
Birthday girl |
|
Kakak kepada birthday girl |
|
Order 3 jenis air berbeza boleh rasa semua |
|
Ibu with birthday girl |
|
Kakak dan babah |
|
Adik nak tukar tempat pulak. Babah pulak duk sebelah ibu |
|
Sejak besar ni selalu nak duk sebelah 2 beradik |
|
Ibu makan kek je |
|
Makanan kakak |
|
Makanan babah |
|
Makanan birthday girl |
|
Birthday girl pilih makanan sendiri |
|
Bila dah besar susah betul nak snap gambar
|
|
Bunga ni ibu ambil lepas APC tu. Tak sempat nak ambil rose. Semua pakat ambil fresh flower tu rugi kalau buang |
|
Dah balik dari Secret Recipe singgah dobi |
Happy Birthday Rania yang ke 9 tahun. Ibu doakan semoga adik dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan adik nak menuntut ilmu, diterangkan hati. Semoga yang baik-baik je untuk adik.
No comments:
Post a Comment