Restoran Planet Seafood Kuantan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 5 March 2023

Restoran Planet Seafood Kuantan

 RESTORAN SEAFOOD SUNGAI KARANG

Cerita bulan Januari 2023, bulan Mac 2023 baru berkesempatan nak share. Banyak betul entry tengah beratur untuk dikongsikan. Hihihi. Busy terlajak macam ni la. Snap gambar beria lepas tu bertangguh nak siapkan. 

Restoran planet seafood kuantan



Masa bercuti di Mandurah Hotel Kuantan untuk malam pertama menginap di situ kami memilih restoran seafood yang berdekatan dengan hotel je sebab nak cepat-cepat balik hotel untuk berehat pulak. So kami memilih untuk makan di Restoran Planet Seafood Kuantan. 

Terletak di laluan Kuantan Kemaman. Kalau dari Mandurah Hotel hala ke sebelah kanan. Akan nampak deretan kedai makan kiri dan kanan sepanjang jalan. Mula-mula kami cari Sara Thai Kitchen pernah makan kat situ dulu. Rupanya dah tutup. So kami pun singgah la di Restoran Planet Seafood Kuantan.

Masa kami sampai tu ada 1-2 meja saja yang ada pelanggan. Memang kami sengaja keluar makan awal sebab taknak nanti ramai orang. Ternyata pilihan kami tepat. Hihihi. Makanan yang dipesan juga sampai cepat.

Restoran planet seafood kuantan
Udang telur masin


Restoran planet seafood kuantan
Kangkung belacan



Restoran planet seafood kuantan
Siakap steam limau


Restoran planet seafood kuantan
Sotong celup tepung



Restoran planet seafood kuantan
Fresh orange, laici, limau asam boi, teh o ais

Semua makanan yang pesan sedap dan service pantas. Cuma udang telur masin tu makan banyak akan terasa muak. Yang lain sedap dimakan. 

Restoran Planet Seafood Kuantan ni hanya kedai biasa je. Menu pun dah hancur. Lupa pulak nak snap gambar cuma ada la share kat story Instagram Cie masa tu. Agaknya sejak restoran ni dibuka tak pernah tukar buku menu. Tapi tak kesah sangat asalkan makanan sedap boleh dimakan, service cepat. 

Selepas kami siap makan di Restoran Planet Seafood Kuantan tu dah semakin ramai orang datang untuk makan juga. Musim cuti panjang memang ramai orang bercuti di tepi pantai.

2 comments:

  1. Terliur betul dengan Sotong celup tepung tu!
    Tak jauh mana jugak kuantan dgn Temerloh. Boleh pecut ke sana ni hehe.
    jemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi best boleh pi makan pok awang celop tepung situ lagi best. InsyaAllah nanti Cie jenguk.

      Delete