Seaba Seafood Pantai Batu Hitam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 20 September 2023

Seaba Seafood Pantai Batu Hitam

 Sea Ba Seafood | Pantai Batu Hitam

Seaba seafood pantai batu hitam

Masa bercuti di Royale Chulan Cherating Chalet kami sempat singgah makan di Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam yang terletak di Jalan Beserah Kuantan. Pertama kali la makan di sini.

Sampai je di Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam tu memang ramai orang kat dalam kedai dan luar kedai. Mereka ada sediakan ruang makan open air memang view cantik la tepi pantai. 

Mulanya husband ajak makan kat dalam kedai tu je sebab berbumbung. Katanya takut buah kelapa gugur. Cie malas nak dengar cakap dia. Ahahah. Apa benda makan dalam kedai tak nampak la view pantai. Wife dia nak buat content mesti la kena cari tempat view cantik.

Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Sea Ba Seafood Pantai Batu Hitam


Angin pantai memang kuat. Habis terbang semuanya. Nak sangat makan tepi pantai kan hadap jela. Hahaha. Demi view cantik dan sebuah content.

Konsep nak membeli kat sini kena ambil sendiri apa kita nak yang mereka dah goreng dan letak atas kaunter makanan. Harga tak diletak so kalau rasa taknak tercekik masa bayar korang kena tanya harga. Macam kami tanya dulu baru ambil. Jangan main sedap je letak dalam talam tu.

Ada ikan, udang, sotong, keropok, bebola, jejari ketam, ketam celop tepung, cucur udang, pelbagai jenis kek kat chiller tepi kaunter. Kena minta dari cashier. Air ada 3 jenis sirap, bandung, mangga soda. Air kosong free.

Ambil makanan sendiri dan terus bayar kat kaunter. Air terus kena bayar masa bayar makanan. Tunjuk resit je kat kaunter air masa nak ambil air tu.

Kawasan tempat makan agak luas juga. Pilih la nak duduk mana. Ada juga pondok yang mereka tengah buat. Tambah tempat lagi agaknya. 

Kami tak ambil banyak pun just nak rasa je. Nampak tempat menarik. Tak banyak pun kena RM54. Hihihi. 

Cie lebih suka makan di Pok Awang Celop Tepung. Kita boleh pilih sendiri seafood dan baru mereka akan masak. 2 kali dah rasanya Cie makan kat Pok Awang. Harga pun berbaloi.





6 comments:

  1. Aduhai...x sabarnya nak explore Kuantan..tunggu En Suami cuti lama skit nanti la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi holiday kat Cherating kak SA. Sana pantai best & banyak port makan.

      Delete
  2. seronok nya.. akak pun baru balik dr east coast ni . dpt lah rasa yg celup2 tepung ni. kena pekena la kan.

    ReplyDelete
  3. Seafood memang sedap lagi yang goreng-goreng. Tapi betullah kena tanya harga dulu takut dah habis makan, kena bayar harga kayangan pula.

    ReplyDelete