Royale Chulan Cherating Chalet - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 18 September 2023

Royale Chulan Cherating Chalet

 The Royale Chulan Cherating Chalet

Royale Chulan Cherating Chalet

Setiap tahun Cie memang akan mencari masa untuk bercuti di tepian pantai sebab anak-anak suka pantai dan Cie sendiri kalau dah rasa stress bekerja tu memang suka bercuti di tepi pantai. Kali ni destinasi yang kami pilih ialah pantai Cherating.

Sempena cuti Keputeraan Sultan Pahang pada 30 Julai lepas kami memilih untuk bercuti di Royale Chulan Cherating Chalet. Ini merupakan kali pertama la. Sebelum ni ingatkan Royale Chulan Cherating ni mahal rupanya ada chalet yang kita mampu menginap.

Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Terdapat 2 jenis iaitu Chalet dan Villa. Kedudukan Villa di atas bukit. Nak naik ke villa pun menggunakan buggy. Harganya pun lebih kurang RM1000 lebih 1 malam. Kita stay kat Chalet je RM204.50 1 malam dan dapat 2 sarapan percuma. Chalet Twin ada 2 single bed.

Royale Chulan Cherating Chalet
Ni Villa sebelah je dengan chalet cuma jauh sikit la. Tapi pantai sama.


Kat Villa ada pool. Tapi guest Chalet tak boleh nak guna pool tu. Kiranya pool tu khas untuk guest Villa sahaja. Ada juga nampak flyers kalau nak masuk pool tu untuk guest Chalet kena bayar.

Anak-anak tak suka pool tu yang nak holiday just cari hotel tepi pantai je. Takde pool pun takpe je. Jarang jugak bercuti kat pantai Cherating tu yang kali ni kami decide nak ke Cherating. 

Royale Chulan Cherating Chalet
Ada ruang tamu

Royale Chulan Cherating Chalet
Ada fridge juga disediakan


Royale Chulan Cherating Chalet
Lengkap dengan coffee tea


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet
Kegembiraan bila ada iron dan iron board dalam bilik

Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet
Toilet dan shower ni ada pintu berbeza. Kat tengah tu ada pintu lagi untuk ke bilik. Yang putih tu sliding door. So boleh juga tutup.


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet

Chalet ni ada 3 ruang berbeza la. 1 ruang tamu, 1 ruang bilik dan 1 ruang tandas dan shower. Agak luas jugak la ruang tamu tu. Bilik je sempit sikit ada katil dan almari baju sekali.

Royale Chulan Cherating Chalet
Kat luar bilik ada balkoni boleh la healing malam-malam

Royale Chulan Cherating Chalet
Pandangan depan bilik waktu malam

Lepas check in petang terus kami turun ke pantai. Walaupun cuaca tengah panas terik waktu petang. Anak-anak tak sabar nak ke pantai. Hari kedua pun selepas sarapan terus turun ke pantai. Puas la berendam.

Hari pertama sebelah petang tu air surut. Nak ke tepi pantai tu jauh. Kebetulan malam tu hujan. Hari kedua sebelah pagi tu air pasang. Dekat la sikit nak ke pantai tu.

Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet
Hari pertama jauh sikit nak ke tepi pantai. Air surut. Sempat lagi beli air kat gerai tepi jalan kat luar kawasan hotel


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet
Masa hari pertama tepian pantai selepas pondok tu. Kiranya pondok tu atas darat. Hari kedua air pasang habis pondok tu terus lepas ke dalam air


Royale Chulan Cherating Chalet

Bilik Chalet Twin hanya dapat 2 free breakfast so untuk anak-anak Cie tambah RM15 per pax. Pilihan menu breakfast tak banyak sangat. Standard menu sahaja tapi semuanya sedap. Tempat makan juga agak terhad. 


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet


Royale Chulan Cherating Chalet

Masa kami bercuti tu memang public holiday negeri Pahang so chalet full house la. Kami keluar breakfast awal juga rupanya ada lagi lebih awal dari kami. Hihi.

Royale Chulan Cherating Chalet
Kat lobi ada merchandise boleh beli


Royale Chulan Cherating Chalet
Scooter untuk disewa pun ada


Royale Chulan Cherating Chalet
Boleh sewa scooter ni

Tak puas sebenarnya bercuti 2 hari 1 malam je. Tapi disebabkan chalet full. Available 30 - 31 Julai sahaja. Kalau ikutkan plan asal nak stay 3 hari 2 malam baru la puas nak berendam kat pantai. Takpela next time kita repeat lagi ambil bilik jenis lain pula.

Royale Chulan Cherating Chalet
Acara wajib sebelum check out. Family potrait.

Cie sangat recommend kalau ada yang nak bercuti kat sini. Bilik yang selesa, dekat je nak ke pantai, harga bilik berpatutan, banyak kemudahan disediakan. Nak release stress, nak healing tepi pantai memang sesuai la.



2 comments:

  1. Lama juga tak healing tepi pantai. Suka santai di tepi pantai terutama waktu petang menikmati pemandangan lembayung senja.

    ReplyDelete